Pak Nuar bebas.. Alhamdulillah


Alhamdulillah. Allah Yang lebih Mengetahui dan  tentukan segala-galanya. Apa yang berlaku atas izinNYA. Pada pukul 9.30am tadi, diumumkan bahawa Pak Nuar tak bersalah atas tuduhan liwatnya.

OK. Ini bukan entry berunsurkan politik. Ini ialah entry pengalaman dan kesedaran diri untuk diri saya. 

Saya ni nak kata penyokong kuat Pak Nuar pun tidak dan nak kata tak sokong pun tidak  Tapi saya pernah beremosi pada tahun 1997 apabila saya dan a few kawan2 saya kat kolej.. ooo kawan2 yan gambar kat bawah nie lah.. hehhehe.. telah pegi ke rumah beliau utk melaungkan sama2 REFORMASI. Dasyat!! Yupe.. itu pengalaman hebat saya yg tak dapat saya lupakan. Reason dpt join pada masa tuh sbb kawan kolej saya ialah kawan baik kepada family Pak Nuar dan rumah mereka pun tidak jauh drpd situ. Family friends yang masa Mak Zizah study dentist dulu, Mak kawan saya pun study di universiti yang sama. Gitula.. cemana kami kawan2 ni dapat sama2 bersalaman ngan Pak Nuar dan family menunjukkan tanda sokongan kepadanya.

Itu serba sedikit. Pada masa tu, saya rasa sanagt bangga dpt bersalaman dan menjadi group reformasi itu. Tak habis2 saya citer kat kawan2 lain dan family saya tentang Pak Nuar dan menceritakan kebenaran yang berlaku.  Almost 15 years lepas, saya pun dah lupa kisah sebenar. Malas nak ingat. Tapi apa yg saya ingat, saya admirer sangat Pak Nuar dan sebelum kejadian ini berlaku sy pernah bermimpi yang Pak Nuar kena tangkap ngan polis, di kurung dan diseksa oleh pihak polis. So, masa kejadian itu berlaku.. saya rasa mcm dejavu dan ianya benar2 berlaku. Wallahualam.. semuanya kebetulan kot gitu. 

Saya dpt warning drpd family saya supaya jgn terlalu fanatik dgn kisah politik ini. Okla.. lepas Pak Nuar kena tangkap, dan kisahnya keudara di media2 massa, makin lama saya rasa semakin boring. Sampailah Pak Nuar kena tangkap dan masuk jail. Senyap.. tutup citer... until Pak Nuar dibebaskan. Oppss.. saya pun dah tak ingat tahun bila dia dah kena bebas.

Kisah Pak Nuar mula hangat kembali dengan kisah Sepul dan kisah berzina ngan pompuan ciner mana ntah disahkan oleh 3 TRIO VIP tu. Hadooiii.. follow tu, follow gak sket2 tapi sy mcm penat. Cuma saya juga ingin kebenaran yang sebenar dan tidak mahu bergantung pada komen sebelah pihak. Maka, saya dengar ceramah Pak Nuar di Youtube. Dalam hati saya kata, apa yang Pak Nuar katakn itu logik dan benar. Sy yakin yang dia tak buat. Selama saya dengar kisah2 di stesen TV dan surat khabar mcm bertenttangan dengan statment yg dikeluarkan oleh Pak Nuar. So, ntahlah.. memang mind kita nie mudah dipengaruhi dgn unsur2 negative. 

Saya tak setuju bila orang kata Pak Nuar jahat. Ada orang kata.. mesti dia dah buat something wrong dan Allah beri dia dugaan camni. Wallah Hu a'lam. Ntah bagi saya, saya tidak tahu. Yang saya tahu, bukan senang Allah nak test hambaNYA dengan dugaan sebegini kecuali orang itu memang Allah tau dia sangat kuat untuk menanggungnya. Lihat saje Makcik Zizah dan juga anak2 nya. Bagaimana mereka boleh bersatu padu mengekalkan hubungan baik mereka dan menyokong bapa mereka Pak Nuar. Saya rasa mereka adalah keluarga yang sangat hebat. 


Ntahlah. Saya pun masih kabur apa yg Pak Nuar perjuangkan. Mereka ingin KEADILAN? Pak Nuar bermatian2 nak fight jadi PM kah? Dalam hati saya, dahla Pak Nuar.. dukla diam2. Jangan cari masalahlah nak lawan dengan "mereka". Kalau tak, lagi banyak dpt bala. Tapi tula..kalau baca kisah orang2 hebat pada masa dulu eg. Imam Ghazali, etc, mereka juga pernah Alllah duga dengan keadaan fitnah begini. Mereka masih tetap memperjuangkan kebenaran mereka walaupun dpt tentangan yang hebat drpd pihak lain. 

Yela.. orang ramai marah sbb org2 tertentu gini menggunakan kerajaan untuk kepentingan diri sendiri, mereka dan keluarga mereka. Lantas menajga kawasan sendiri sambil lewa. Teruk rakyat bayar tax, tpi yang senang lenang nun orang atas2. Timbul citer Kak Mah pi luar negara beli itu ini. Berapa kerat jer, orang2 atas ni yang buat kerja secara amanah, ikhalas dan berhemah. Oooohh mungkin ramai tapi kisah negative saje yang heboh dan hangat diperkatakan.

Bagi saya its OK lah ada parti2 gini. Kena ada group yang sokong dan tak sokong. Kena ada parti pembangkang juga dalam institusi kerajaan. Kalau tak kan.. orang kata.. sure Kak Mah sesuka hati je bermaharaja lela. ehh? Hahhaha. Dan suka hati je kerajaan membuat undang2 dan kita rakyat kena bulat2 ikut. Also, kalau takde saingan takdelah kerajaan nak kasi benefit2 kat rakyat eg. bonus, etc Syukurlah kita masih tinggal di negara Islam. Yang penting jangan sampai Malaysia jatuh ke tangan orang kap alif fa ra. Kena ingat tu.


Orang yang tak mengikuti sangat perkembangan Pak Nuar mcm saya mungkin terasa tidak mempunyai sebarang kepentingan. Saya rasa malas nak follow 100% sbb saya takdapat apa2 pun. Banyak perkara lain yang saya kena fikirkan terutama diri saya dan keluarga saya. Saya pun tak clear misi dan matlamatnya jadi saya pun fikir.. apa saya kisah. Tapi tula.. sebenonya, sedikit sebangak kita kena kisah gak. Kita doalah yang terbaik untuk diri kita, keluarga kita, dan negara kita semoga dijauhkan drpd kemudaratan. Amin.

Comments

  1. Yang nyata, ena yakin Anwar Ibrahim innocent. Lagi baik orang itu, lagi besar juga dugaanya....Respect DS Azizah yang sentiasa berdiri di belakang suami.Beliau sangat tabah! Terasa macam nak peluk DS Azizah masa terjumpa kat Giant Shah Alam. Masa tu suaminya di penjara. Terfikir nak peluk dan cakap semoga tabah ye Datin Seri...

    ReplyDelete

Post a Comment