Nawaitu


Hari ini saya didik diri saya dan belajar tentang Nawaitu @ Niat. Kita sudah tahu.. asas dan pokok atas segala-galanya nya mestilah Lillahhi Taala. Semuanya kerana Allah. Insya'allah..  Allah akn berkati dan dmemudahkan.

Kisahnya saya nak beli tudung. Tau tak sale Arianni sampai hari nie saje. Saya ada rasa gelisah sbb saya tak mahu ketinggalan memiliki 1/2 harga tudungnya yang mahal2 itu. Dah le cantik.. Berkualiti. Dan saya belum pernah memiliki 1 pun tudungnya. Tapi saya ada tudung Pearl H*ya yg sokmo saya beli kat internet. Saya sukakannya sbb dia cantik. Saya skrang belajar memakai tudung spt muslimah sejati. Pakai tudung bukan sekadar tutup rambut saje. Itula.. jahil saya selama ini. Saya cuba untuk improve. Saya akan pastikan pakai tudung takde hujung2 tu selimpang ke belakang. Tapi.. tapi.. pakai tudung nak kena cun jugak. (Eh lari dr niat tuh.. kekekek). Takdela kan.. at least penampilan sebagai muslimah kenalah kemas dan menarik. Takdelah orang tengok kita muslimah yg selekeh je kan.

Ehh citer pasal niat. Bagi saya, pengalaman saya juga.. jika kita buat segala2nya kerana Allah.. insya'allah Allah akan tolong dan permudahkan. Contohnya nak beli tudung niela. Beli kerana nak tutup aurat. Bukan beli kerana nak bergaya atau menayang. Jangan lari dari niat sebenar. Banyak lagi perkara2 yang saya cuba lakukan... dan saya didik diri saya utk belajar niat yang baik  Tapi itulah.. sale last day hari ini. Adakah saya berpeluang memilikinya? Kalau ada rezeki utk saya, insya'Allah. tapi hari ni saya kena balik awal.


Contohnya yang lain ialah bercuti ke Sunway Lagoon. Niat saya satu jer, saya nak keluarga saya happy, kukuh silaturahim keluarga dan sudah pasti kerana Allah. Tiket sudah dibeli online. So settle sbb boleh guna anytime within 6 months.  Bayangkan sejak 24hb Dec saya dan Husben saya plan nak bawak anak2. Tapi tula.. ada saje rintangan. Padahal seawal pagi kami dah siap. Nasib baiklah Sunway tu dekat. Anak2 dah bising2 dan merajuk. Then, 25hb iaitu hari Krismas kami ke sana. Masya'allah... punyalah ramai orang. Kami bergelut dgn kereta yang banyak. Parking mmg takde. Anak2 redo lepas tengok sendiri ramainya umat manusia dan takde parking. So, Papa mereka janji akan pergi keesokan harinya.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dgn lancar. Hari yang dinantikan pun tiba. Saya kalau berjalan nak bawak anak2 mmg saya akan berdoa sebanyak2nya. Saya akan solat Hajat pada waktu subuh. Paham-pahamlah saya dgn membawa anak2 lelaki saya yang hebat2 ni. Hahahhaa.  Pertama saya akan berdoa semoga urusan dipermudahkan. Kemudian saya mohon keselamatan anak2, saya dan suami. Saya juga mohon supaya perangai anak2 elok belaka takde meragam2. Dan yang paling penting, saya berdoa semoga urusan saya utk solat dipermudahkan. Tau jelah nak pi bersuka2. Konpem kang terlewatla... susah itula inilah. 

Apa yg boleh saya katakan.. syukur alhamdulillah. Parking ok. Mudah. Cuma yang tak best, line up masa nak ambik tiket. Masa tu mmg uji sedikit kesabaran. Punyalah panjang sbb kaunter hanya buka 2 lanes saje. Udahlah ramai giler manusia. Tapi saya rasa kalau saya datang pada 24 or 25hb mesti lagi sesak. Sebenarnya saya risau Husben saya, bukan ape takut dia tension. Tapi nasib baik dia ok. Ada orang dah complain sbb beli online tapi still kena line up panjang. Namum dilubuk hati saya, teringat juga kesusahan kelak di Padang Masyar. Apalah sangat beratur di sini. Udahlah beratur disebabkan hiburan. Sabar ajelah beberapa minit. Di Padang Masyar bukan minit tapi bertahun2... 

Istigfar. Kelihatan suami saya  jaga anak2 dan saya pula gigih beratur untuk mengambil tiket. Alhamdulillah sedang saya mengelamun kaunter tiket online dibuka. Saya orang yg pertama di barisan. Syukur.... Alhamdulillah.

Saya tak mandi. Semestinya saya jadi locker (sewa locker saje RM30).. sbb saya malas nak membasahkan diri di water park itu. Saya jaga beg. Saya sediakan semua perkakas nak mandi dan baju2 cantik lepas mandi. Emran takut air dan dia berada bersama saya. Saya bawa dia jalan2 dan makan. Tepat waktu zuhur tetiba terjumpa surau. Terus saya solat. Emran cool. Dia mmg peneman saya di surau. Kalau apa2 dia mesti duduk di sebelah. Adala jalan sana sini tapi niat dalam hati.. Ya Allah lindungilah anakku Emran.

Anak2 lain bersama Papa dan selepas puas hati anak2 bermandi manda, Papa pun solat.. Syukur. Semua orang happy dan takde masalah itu ini. Makan walaupun mahal, saya redo ajelah. Tapi saya inform anak2,  keluar daripada tempat ni kita makan sedap2 sket dan harga lebih berbaloi. Mereka paham. 

Lepas Asar kami keluar dr Sunway Lagoon. Sempatlah jalan2 ke Zoo Sunway dan park-park lain (Lupa nama park2 dia... hahha). Dah penat dah pun nak jalan2 walaupun saya hanya penjaga beg. Saya la penat tapi anak2 masih segar. Kami ke Sunway Piramid utk makan di Chicken Hutz. Tiba2 Emran nak poo-poo. Nasib baik terlintas saya nak ke Jusco. Syukur.. bila sampai Jusco ada toilet for children dan sebelah tu ada surau sekali. Syukur saya.. terasa Allah permudahkan urusan saya.

Begitulah pengalaman saya. Semua yang berlaku dgn izin Allah. Yelah.. 2 hari sebelum dah plan nak pergi tapi ada saje rintangan. Daripada situ saya sedar.. betapa pentingnya niat dan berdoa. Insya'Allah.

Oh yer.. pasal tudung Ariani. Akhirnya syukur sale Arianni dilanjutkan sampai 2 Januari 2012. Info kawan MJ saya yg inform. Agaknya, bila mau terjah yer?? Hahahhaha.

Comments