Motivasi dan Ilmu 1

Bila Allah nak tegur kita dan memberitahu kita akan sesuatu, kita ditakdirkan mendengar banyak perkara tidak kira di radio, tv, website etc. Semua yang berlaku dgn izin Allah. Memang kita tak sedar dan saya yakin apa yg kita dapat itu adalah rezeki drpd Allah. Even yang terbaca dan membaca blog saya juga. Begitulah...

Tangan dan Kebaikan


Saya terlewat mendengar Radio Ikim tetapi antara pesanan Motivasi Pagi oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (ala.. adik Ustaz Asri kump Rabbani tu) memang memberi kesan pada saya pada pagi ini. Minggu nie dia banyak menceritakan tentang sunah Rasulullah. Dia suruh kita ajar anak2. Antaranya makan dengan tangan kanan dan apabila time makan kita hendaklah ambil lauk di depan kita dahulu baru yang jauh. Hikmahnya, supaya anak2 bila besar nanti tidak panjang tangan, tak rasuah, dan baik2 belaka. Tulah.. ikutkan ramai bila cakap nak tahu logikkan. Tapi tula.. ikut je apa sunah Nabi pesan. Kisahnya, saya tersedar yang Emran skrang menggunakan tangan kiri. Memanglah, orang kata guna tangan kiri mengaktifkan kreativiti minda. Nak ikut sains or ikut sunah? Saya tanya diri saya. Ya Allah.. bimbingkanlah aku... terima kasih atas info ini. Insya Allah akan saya praktikkan.

Lagi satu topik berkaitan dengan memudahkan urusan orang. Masa mendengarnya insan yang saya kenang ialah kedua ibu bapa saya. Dalam hati saya..."Ya Allah, ko mudahkan urusan kedua ibu bapa ku di akhirat nanti". Sebak saya dan terasa nak nangis. Saya terkenang Mama dan Bapak saya yang byk menolong saya dgn menjaga cucu2, mengemas rumah saya (bukan saya saje tetapi semua adik2 saya yg lain), etc. Memang kuat sungguh semangat mereka.  Then muncullah contoh insan negative yg diceritakan oleh Ustaz. Ok.. saya kata dalam hati saya. Jangan buat begitu. Ustaz Ghazali memberi contoh jangan kedekut tenaga untuk memudahkan urusan orang. Tolong basuh bilik air supaya orang yg masuk selepas itu tidak memudaratkan terkena najis2, etc. Saya fikir, kita tolong orang dengan ikhlas. Orang mintak tolong kita tolong. Bukan memudahkan kita maksudnya tapi mudahkan orang. Hikmahnya, di akhirat nanti Allah akan memudahkan urusan kita. Masya'allah. 

Oklah. Alhamdulillah. Saya berjaya mencatatkan ilmu penting untuk pedoman saya pada hari ini. Ya Allah permudahkanlah urusan ku pada hari ini. Amin...

Comments

  1. As salam... intan juga dengar motivasi ni, mmg terkesan dihati... tak terpikir lgsg pasal panjang tangan tu kan.. betapa indahnya sunnah nabi. MasyaAllah.. terlalu banyak yg perlu diperbaiki... :) semoga kita sama2 dpt memperbaiki diri dan keluarga..

    ReplyDelete

Post a Comment