Kawan saya


Ini kawan saya. Kawan sekolej. Dia juga merupakan antara kawan yang sangat rapat di sekitar zaman hingusan saya di sekitar tahun 1996 - 2001. Pagi tadi kawan saya  keudara di MHI di RTM. Kagum saya melihat kehebatannya memberi motivasi. Memang dia sangat pandai bercakap sejak dari dulu. Kalau buat presentation, dialah antara orang yang akan present. Saya ni sekadar belakang tabir buat power point, boleh?! Yang best, markah dapat sama rata. Selalunya result tidak menghampakan.




Nak tahu rapat nyer kami tengoklah gambo nie. Sekitar umur kami 20 an pd tahun 1999 Astagfirullahalazim... .  Sapa yang tengok mmg pandang seronglah pada kami 3 orang perempuan ini. Sangat jahiliyah!!! Ampunilah kami semua Ya Allah. Namun, kesemuanya telah membawa haluan masing2. Thanks to FB kerana menghubungkan kami semula. Ramai kawan2 sekolej saya dulu cemerlang semuanya. Tak  salah saya, semuanya lepas belajar telah ambik MASTER cuma saya saje yang tidak. Kami budak2 dulu sangat jahil. Ntah apa yg difikirkan dulu pun ntahlah. 

Pengalaman dlm diri saya tentang berkawan ini mmg banyak mendidik jiwa saya. Sebab itu saya tak sukalah nak judge orang itu jahat atau buruk. Di pengakhiran hidup, ntah2 orang itu lebih baik drpd kita. Tertarik saya nak share tentang petikan yg saya petik drpd FB Prof Muhaya.
Contohilah sifat tawaduk Imam Ghazali sentiasa bersangka bak:-

1. Bila berjumpa kanak-kanak akan katakan budak ini bersih dan tiada dosa.

2. Bila berjumpa orang tua - banyak ibadah yang dia dah buat.

3. Bila jumpa pengkhianat - akan kata kita punya maksiat macam mana?

4. Bila jumpa si kafir - dia bukan selamanya.

Oleh itu, berhentilah drpd menghukum orang. Sibukkan diri dengan mencari kekurangan diri sampai tiada masa nak cari salah dan aib orang.

Saya akhiri dgn Astagfirullahalazim.. Ampunkanlah dosa2 ku yang lalu.

Comments