Anak ooohh Anak.. I love you!

FROM FB: Rahsia Melayari Cinta Suami Isteri

Anak itu adalah penguat kasih sayang sesama pasangan suami isteri. Namun ada juga yang punyai anak tapi masih tak bahagia.. kenapa ya? Jelas.. ia berbalik kepada individu itu sendiri. Jika ia ingin betul-betul bahagia gembira dengan keluarga serta pasangannya, usaha berterusan mencipta menjaga bahagia patut dilakukan. Jika ada anak, itu bonus dalam melayari kasih sayang, namun jika tidak dikurniakan anak mereka masih juga bahagia kerana hatinya telah betul-betul cinta, maka setia redha itu menjadi azimat paling utama untuk kekal bahagia selamanya. Cintailah seseorang kerana Allah!

Gambar2 di ambil sepanjang 3 hari cuti yang lepas. 









Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana meminjamkan saya sedikit kebahagiaan untuk saya di dunia ini bersama suami dan anak2 saya. Semuanya dengan izin Allah. Hidup saya kuat kerana mereka. Allah telah memberi saya kekuatan dan kudrat untuk saya menjaga mereka. Melihat senyuman pada wajah2 suami dan anak2 saya, saya hanya mampu mengucapkan Terima Kasih Ya Allah. 

Ia tidaklah mudah sebenarnya tapi ia akan jadi mudah bila saya benar2 berserah kepada Allah. Banyak perkara saya belajar dan ianya takkan berenti sehinggalah saya menemui Allah kelak. Benar... sayanglah mereka kerana Allah. 

Sebenarnya malam tadi saya telah mengamuk ngan anak2 saya. Bagi saya bila saya marah, saya telah bersalah pada diri sy sendiri sbb saya berusaha utk kawal kemarahan saya. Tapi saya lihat ada kebaikannya bila saya marah. Anak2 saya semua takut. Emran yang tantrum baring atas lantai saya biarkan. Tapi terharu saya bila Firman sanggup dukung adik dia. Ryan pula terhegeh2 mengutip kasut adik dia yang jatuh di lantai. Saya terharu sebenarnya dan dalam hati saya.. oohhh maafkanlah saya Ya Allah.. saya hanya ingin mengajar mereka. Semoga besar esok mereka sayang sesama sendiri. Ohh they are all boys yer. Time baik mereka sangat baik. Boleh gelak sesama sendiri. Tapi bila bergaduh, sorang mengadu, sorang lepuk sana sini.. Siap boleh kata, kasi adik kat orang lain. Boring kat Abangla.. Hahahha. Tak termasuk Papa angkat tali pinggang. Tak termasuk saya yang angkat hanger. Geram!! But cemanapun benarlah kata pepatah "Air dicincang tidak akan putus".

Malam tadi saya rasa saya garang sangat. Saya cepat2 ambil wuduk dan solat. Lepas Maghrib saya baca Yasin dgn niat semoga Allah bimbing saya menjadi ibu yang baik, semoga sabar dalam menjaga anak2, semoga hati anak2 lembut dan mendengar kata. Sebelum tu saya sudah memandikan mereka. Jadi bila saya selesai membaca yasin, saya lihat mereka semua tidur di depan TV. Ntah.. rasa sian.. sedih pun ada. Maka.. saya ke ubun2 mereka membaca surah TAHA ayat 1-6. 

So, inilah gambar mereka malam tadi selepas mereka bangun tidur sbb dengar Papa mereka balik. Saya dah maklumkan kepada Papa mereka tentang saya yang jadi singa dan perangai anak2 nya sorang demi sorang. Macam biasa, bila mereka bangun tidur seperti tiada apa2 berlaku. Dan lincah dan gelak ketawa mereka mmg menggamatkan suasana.

Anak.. ooohhh anak. Memang didik Mama jadi sabar yer. 

Comments

  1. sbb anak, kita leh jadi tarzan nak panggil elephant...faham situasi Ja....

    ReplyDelete

Post a Comment