Ahli Sufi


Alhamdulillah, dgn izin Allah saya dapat mendengar Topik Jumaat di IKIM bersama Syeikh Dr Mahmoud AlMaghuni bersama translatornya Ust Rahmat. Topik last week saya sudah mendengarnya melalui IKIM juga sbb x dapat dengar pada hari Jumaat itu sendiri. Banyak ilmu yang saya perolehi dan insya'Allah akan saya cuba amalkan.

Apa yang saya kagum ngan kata2 Dr Mahmoud ialah dia menceritakan ttg ilmu Allah yang sangat hebat.. banyak.. luas. Jadi benarlah kata2 dalam ayat Kursi.. "tiada siapa yang mengetahui ilmuNYA kecuali diizinkannya".

Pada hari ini otak saya bergerak laju mencari sesuatu. Pertama tentang ahli sufi sbb Dr ini banyak menegaskan tentang Sinar Rasulullulah yang saya pasti ada kena mengena dgn Nur Muhammadiah. Statement ini banyak saya jumpa dalah kitam ahli suluk al Hikam. Fuyoo.. sebenarnya saya takut nak explain lebih2 sbb saya just baca tanpa berguru. So, takut tak betul. Jadi saya baca ikut pemahaman saya saje dan harap2 semoga Allah memberkati ilmu yang saya perolehi.

Hari ini kan hari Jumaat.. saya paksa diri saya yang saya dah lama saya lalai gitu bersalawat sebanyak mungkin sepanjang dalam kereta menuju ke pejabat. Saya just baca dengan harapan Allah memberkati hari saya pada hari ini.  So, apa yang saya dapat.. alhamdulillah dengan ilmu di radio IKIM tu satu. Then saya sempat membaca tentang siapa ahli sufi itu sbb kata Dr Sheikh itu banyak amalan2 Sinar Rasulullah telah ditolak oleh para orientalis Barat. Ramai yang tak percaya ttg amalan2 ahli sufi. Dan saya ketemu dengan statement IMAM AL-GHAZALI ialah salah seorang tokoh AHLI SUFI dan FALSAFAH yang sangat hebat. Memang Ahli Sufi ni banyak ilmu tentang spiritual dan kerohaniah. Sbbnya mereka ini ingin mencapai tahap makam mendekatkan diri dengan Allah. So, banyak citer2 tentang orang yang boleh berjalan atas air dan merentas masa, etc. Yang paling hebat mereka jenis dapat mengubati pelbagai penyakit dengan izin Allah.  Bak kata.. magic gitu. Tapi ada yang tersasar menyebabkan mereka ke arah sihir dan jin. Tu yang takut tuh.

So, bila saya baca2 nie saya rasa... its part of ilmu. Ada banyak lagi ilmu yang kita tak tahu. So, otak saya ligat membuat research sampai saya terjumpa dgn satu artikel yang sangat best ini. Rahsia bangsa Melayu keturunan Nabi Ibrahim.

Ringkasnya diceritakan Nabi Ibrahim ada 3 wife - Sarah, Hajar dan Keturah. Yang Keturah ni tak pernah kita tahu kan sbb citernya disebut dalam mitos Yahudi Kuno yang mana banyak diceritakan dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Tapi zaman tu banyak kitab2 original dah dihapuskan banyak fakta zaman dulu hilang. Hanya penghafal kitab2 tu sajelah yang dapat mantain tentang kesahihannya.  Namun yang sebut dalam Al-Quran hanyalah Sarah dan Hajar. Tak pernah dengar citer Keturah. 

Adoi.. panjang nak citer tentang history ini tapi saya sangat suka membacanya sbb ia berkisar tentang asal usul manusia. Yes.. i like!! All the fakta tentang manusia drpd monyet la apa la semua tuh tak betul dan bengung. Saya suka bila ayat tu kata.. apa ingat zaman Nabi Nuh tu hidup dalam gua batu kah yang mana kita belajar tentang zaman paleolitik, neolitik dan sebagainya. 

Ayat ni saya suka...

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.  Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.  Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.  Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bila saya fikir semula.. apa kita nak heran. Semua tu ilmu Allah. Takde yang mustahil. Pengaturan Allah sangat hebat. Kalau nak bayangkan pada zaman akhirat nanti.. Syurga or Neraka. Memang tak dapat imagine punya. Jadi percayalah kita pada RUKUN IMAN.



Buku nie saya tak baca lagi tapi ada kat rumah suami saya yang beli sbb dia attend ceramah Ustaz Imran ni. Ini pun antara ilmu yang Allah nak inform kita tentang kuasa Yahudi. Berbeza dengan ilmu sufi ini ia banyak menceritakan saya rasa tentang fakta2 sejarah dan kebetulan yang harus kita fikir-fikirkan untuk bekalan pada masa akan datang.

Apa2 pun saya tanamkan dalam mind saya.. Rasulullah sendiri telah mewasiatkan.. nak selamat di bumi ini baca dan berpandulah pada Al-Quran dan Hadisnya.Insya'allah.

Mohon Allah memberi pencerahan kepada saya tentang banyak perkara yang banyak saya tidak tahu. Amin.

Terima kasih hari Jumaat. Semoga  hari2 saya yang lain akan terus dilimpahi dengan ilmu-ilmu yang berguna. Yang penting.. ALLAH itu MAHA HEBAT!!

Comments