Ujian Kehidupan


Intipati ayat 47 surah al-Hajj sangat menarik. Allah SWT menegaskan bahawa sehari di di akhirat seumpama 1000 tahun di dunia. Sebagai contoh, purata hayat umat Nabi Muhammad SAW di sekitar 63 tahun bersamaan 1.51 jam tempoh masa di akhirat.

Kira-kiranya, ia waktu ujian peperiksaan standard di Malaysia. Melihat dengan mata hati, tempoh kehidupan di dunia seolah-olah kita sedang menduduki satu ujian sahaja. 

Ujian tersebut – saya fikir – hanyalah untuk mengetahui sama ada kita ke syurga atau ke neraka. Ia perjalanan yang sangat singkat.

Jamsari Alias Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments

Post a Comment