Jom Masak



Sabtu dan Ahad, dgn semangatnya saya memasak. Bukan selama nie saya tak memasak. Tapi ntah, saya terasa nak masak bersungguh-sungguh. Sabtu menu: Cencaru sumbat dan bayam kuah. Ahad menu: Daging goreng, sotong singgang dan bayam kuah lagi. Alhamdulillah, saya berjaya. Berjaya sbb menggoreng ikan yg tak melekat2 kat kuali dan lauk lain memenuhi citarasa cik suami. Ohh daging goreng di masak oleh cik suami selepas saya memotong bahan2nya dan memerap dgn kunyit hidup.

Suami saya tak particular bab makan tapi dia seorang yg ikhlas mengkritik. Tak sedap cakap tak sedap. Kalau sedap, dia diam dan tambah 2 3 kali. Tapi lately, dia dah boring agaknya makan kat luar dan dia mengharap utk makan di rumah. 

Sebenarnya saya sangat malas memasak. Saya mengharapkan ada orang masak atau beli kat luar.. hehehhe.. dan orang panggil saya MAKAN. Ooo bestnya. Layanan ini boleh dapat kat hospital atau zaman saya kecik-kecik dululah. Atau bila mama saya ada dan balik kampung. Tetapi, sangat melampaulah kat rumah nak suruh husben saya masak dan anak2 saya masak utk saya. Itu mmg dunia dah terbalik la kan. 

Lately saya dpt inspirasi dan motivasi utk memasak. Sebenarnya ikutkan saya sangat concern pasal baju bajan yang menggunung. Tapi saya sedar bahawasanya memasak ialah priority. Never let your kids and hub's stomach empty. Kakakkaka. Lesson utk saya. Settle mengenyangkan perut2 mereka barulah terus ngan aktiviti baju bajan. Penat pheewwww tapi jangan komplen.

Ini yang saya catit daripada  blog Puan Roza - Bukan Sekadar Resepi. Ilmu nie. Alhamdulillah.

Sebelum masak:

1. Ingat Allah
2. Baca Bismillah
3. Salawat ke atas nabi sambil membasuh beras, ayam, cuci ikan..
4. Doa semoga Allah memberkati masakan yang dimasuk, beri kesihatan yang baik agar dapat beribadah dan menyembah Allah, then agar anak2 dan suami dan sesiapan saje yang makan akan suka makanan yg kita masak. 

Kesimpulannya, saya inform pada diri saya buatlah semuanya kerana Allah. Allah akan tolong kite. Insya'Allah. Alhamdulillah.

Comments