Hamba Allah

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah. Saya puasa hari ini sempena hari Arafah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri saya untuk menunaikan ibadah ini. Esok, saya akan berpuasa lagi. Insya'allah. Bila membaca ttg fadhilat nya puasa pada hari ini, "Allah akan mengampun dosa2 kita pada tahun nie dan pada tahun akan datang", saya sangat teruja. Saya nak rebut peluang ini. Kalau orang di Mekah menunaikan fardu Haji dan kita di sini boleh berpuasa. Semoga kita semua sama-sama memperolehi rahmat dan hidayah Allah. 


Saya selalu mengingatkan diri saya ttg hari akhirat. Hidup kat dunia ini hanyalah sementara. Apa yg berlaku di dunia ini hanyalah tipu daya semata-mata. Bukanlah saya kata, saya nie fanatik sangat sampai melupakan dunia. Sebenarnya, banyak perkara lagi yang saya perlu belajar. Tapi kita perlukan dunia utk akhirat. Tanpa dunia bagaimana kita nak sampai ke akhirat nanti. So, mmg lumrah kita di dunia ini Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan, bagaimana Allah nak uji kita beriman atau tidak jika kita tak diuji dengan Ujiannya. Kita selalu fikir kita susah-susah. Seorang Nabi yang sudah pasti akan ke syurga lagilah diuji dengan pelbagai ujian yang sangat dasyat.

Saya sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja ni apalah sangat diuji sebegini di dunia ini. Namun saya sememangnya takut diuji dan tak terdaya menerima ujian yang dasyat. Apa yang saya face skrang ni pun banyak menguji kesabaran saya. Dengan urusan keluarga dan urusan di office, mmg mendidik saya supaya bersabar dan bersyukur. Namun kita manusia yg hina ini manalah boleh lari drpd melakukan kesilapan. Secara spontan, kerap saya diganggu oleh perasaan emosi. Marah, bengang, tension, sedih, geram, dan macam-macam lagi. Uwaaa.. bila berlaku begini, rasa nak jerit dan mengadu kat manusia. Namun kali ini, saya banyak mengadu kepada Allah. Bila tension saya baca Al-Quran. Alhamdulillah, dgn izin Allah saya merasa tenang. Lately hidup saya banyak bersendirian. Saya kurang bersosial. Saya banyak membaca. Lagipun tugas saya sebagai isteri dan ibu memang membuatkan saya tak sempat untuk bersosial. Menjaga 3 hero dan seorang bapak hero mmglah sangat challenging. Saya kena buat dan kena berusaha. Apalah gunanya saya beribadah semua tapi saya meninggalkan tanggungjawab saya terhadap keluarga saya. Orang kata pada saya, anak2 kecik lagi. Insya'Allah anak dah besar... senang. Harap2nya begitulah. Insya'Allah.


Disamping menjadi ibu, isteri dan pekerja, saya semestinya tidak lupa menjalankan tanggungjawab saya sebagai Hamba Allah. Kita selalu kata, nak solat tak sempat.. nak buat itu ini tak sempat. Betullah satu artikel yang saya baca. Umat akhir zaman mmg kesuntukan masa. Orang dulu-dulu mereka boleh beribadah sepanjang malam. Mereka dulu sangat taat. Adakah masa mereka dulu 48 jam berbanding kita hanya 24 jam sehari. Sama saje. Namun zaman Nabi dulu-dulu, hidup mereka beratus-ratus tahun. Kita average 60-70 tahun. Sebab itulah, dikatakan kalau kita sempat untuk buat 2 rakaat solat sunat pun pahalanya sangat besar. Syafaat untuk manusia pada akhir zaman macam kita ni sangat tinggi. Sbb kita manusia zaman skrang nie banyak terpengaruh dgn dunia. Bayangkan dgn zaman teknology yang mcm2 ada skrang nie sememangnya sangat melalaikan. Tingat Mama saya marah saya dulu.

"Dok sibuk main computer sampai lupa nak sembahyang. Nie semua Yahudi lah nie sibuk nak bagi kita lupa Allah..." LOL.

Bila saya teringat balik. Ada betulnya. Tengoklah anak saya yang main PS2 sampai lupa diri. Sanggup tak makan.. tak minum. Adoi. Salah saya juga. Huhuhuh.

Banyak yang saya sedang settlekan tentang diri saya. Bila hitung banyaknya dosa saya. Kalau saya buat ibadah itu ini, saya tidak tahu peratusan kebaikan saya banyak mana dan keburukannya banyak mana. Semuanya dicatat oleh Malaikat RAQIB dan ATID dan akan dibentangkan di Padang Masyar nanti. Jadi saya takut.

Allah menyediakan kita dengan pelbagai hadiah untuk kita rebut sebagai bekalan kita diakhirat nanti. Bulan Ramadhan. Bulan Zulhijah. Banyak lagi. Saya yang jahil ini, buat je apa yg baik utk diri saya. Selama nie sayang banyak lupa dan lalai. Harap-harap penghabisan hidup saya, benda2 baik yang saya cuba lakukan moga2 dapat menampung dosa-dosa saya yang lalu.

Semalam di IKIM saya terdengar kisah pada hari Qiamat. Orang dok sibuk-sibuk berfikir bilalah hari Kiamat. Dan seorang Ustaz berkata, hari Kiamat ialah hari kematian kita. So, kita fikirlah hidup kita ini akan mati tak sempat pun menunggu hari kiamat. So, bersedialah drpd skrang.

Bila saya membuat urusan budget family saya dan mengira-ngira umur, saya jadi takut. Takut melihat umur yang meningkat. Now, bukan duit banyak mana yang saya kira utk meniti pada hari tua. Saya mengira, sempat tak saya pergi Haji dalam usia sebegini dan sebegitu? Kira juga umur kalau anak saya yang sulong dan yang bongsu. Dan saya fikir, ada sebab kalau Allah tak izinkan saya pergi lagi dalam usia itu dan ini. Tapi saya yakin dengan izin Allah, saya dan suami akan ke sana jua pada suatu hari nanti. Maka saya mula membuat pengiraan duit berapa kena simpan sebulan dan berapa tahun. Last sekali, saya tulis.. YA ALLAH AKU BERSERAH segala-galanya kepadaMU. Nombor-nombor ntah ke mana.

Akhir kata, Selamat Eidul Adha kepada semua rakan-rakan saya.

p/s
Saya rindu beribadah di Mekah dan Madinah.. :(  Saya nak kesana lagi. Saya rindu sangat.. tersangat-sangat yang sukar diucapkan. Semoga Allah menjemput saya dan suami utk ke sana lagi. Amin.


Comments

Post a Comment