Berdoa

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai berpaling "(HR At-tirmizi)


Orang kata, berdoa tanpa usaha ialah sia-sia. Bagi saya, orang yang betul-betul berdoa kerana ALLAH, pastinya ALLAH akan menggerakkan seluruh tubuh badannya untuk mencapai ke arah yang di hajatinya. Berdoa dan yakin pada Allah yang Allah pasti memakbulkannya. Contohnya seseorang berdoa untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Malam dia bertahajud dan berhajat kepada ALLAH. Saya pasti, dia tidak duduk diam saje tanpa usaha. Bila kita berdoa, hati, minda dan fizikal kita akan seiring. Cikgu kata, kalau kamu berdoa tapi siang hari kamu tidur saje dan kamu berharap untuk mendapat semua A dalam peperiksaan? Saya rasa, sebenarnya dia tidak berdoa dan tidak menyerahkan diri dan hati 100% kepada ALLAH. Apalah doa pada bibir saje tanpa di hati. Saya beritahu kepada diri saya. 

Berdoalah kepada ALLAH. Insya'ALLAH Allah akan memberi idea dan mempermudahkan hajat yang saya inginkan. Jangan kita putus berdoa. Saya beritahu diri saya supaya yakin dan sabar. Insya'ALLAH. Amin.

Comments