Saya dan Kerja Saya

Hari ini saya kerja. Hari Sabtu. Bulan nie ada 3 Sabtu yang saya kena kerja sebab mereka nak panjangkan cuti Deepavali.Sebijik macam sekolah, kalau nak panjangkan cuti perayaan, kami kena ganti sekolah kerja pada hati Sabtu. Nasib baiklah bulan nie. Kalau tahun lepas-lepas, bulan December yang banyak ganti.

Almost 10 years saya bekerja di kilang Jepun ini. Lumrah kerja gitu. Time tension, nak cari kerja lain. Tapi bila takde masalah kerja, seronok juga bekerja di sini. Saya baru saje 10 tahun, ada orang dah ada sampai 15 tahun, 20 tahun.. juga masih setia di sini.

Saya nie kalau kata nak tahan kerja di sini, saya sabar jela kan. Sebab fikir, ada orang yang takde kerja lagi kesian. Walaupun cuti tahunan 19 hari. Walaupun banyak elaun dah kena cut cost. Tapi bagusnya, kami masih ada yearly increment dan bonus. Kami juga diberi hospitalisation insurance RM15k untuk staff dan anak2; spouse yang bekerja tak dapat yer. Medical expenses juga cover walaupun takdelah banyak sangat.  Yang tak cover, maternity saje.

Paling saya tunggu setiap tahun ialah bonus lah. Syukur alhamdulillah, bonus hujung tahun lepas untuk saya prepare persekolahan anak-anak. Itu yang penting.

Namun sepanjang hari-hari dalam setahun ini, saya melalui hari-hari saya seperti di sekolah. Ada loceng. Ada perhimpunan. Boleh katakan, kilang ini memang melatih kami berdisiplin. Pagi-pagi dah kena report apa nak buat hari ini. So, tak boleh lah beri jawapan saya takde kerja. Kena cari kerja. Katalah, saya study model ini ke. Buat check list ke. Janji ada kerja nak buat.

Saya kan.. paling sadis kalau terima email drpd GM HR. GM HR ini ialah umpama CIkgu Disiplin. Antara emailnya ialah..

1. COMPANY WHITE SHOES 
Reminder: Please remind all staff in the morning assembly that they are not allowed to wear their white shoes outside the factory. They would be in violation of the company rules should they wear the shoes outside. We are sure that you have already started reminding the staff on this matter but please continue to remind them of them daily for the rerst of this week and next week. After this period we will take disciplinary action for breach of this rule.

Itu belum termasuk emailnya kalau lewat sampai office, nama akan dicatit oleh pengawas manager. Baru-baru ini, manager group saya diberitahu mereka ditugaskan bertugas di kantin untuk mencatit nama mereka yang lewat. Contohnya la kan, breakfast pukul 10.00 - 10.15am, tapi bila loceng dah berbunyi dan masih ada orang di kantin, habislah. Manager akan catit nama depa. Masalahnya, mereka yang banyak nama kena catit begini akan effect appraisal nanti. Adoiii.. 

Saya kalau nak ikutkan banyak tau langgar disiplin. kekekke. Antaranya ialah datang lambat dan parking keter di bukan tempat kawasan kereta. Yelah, nak cepat terpaksalah parking kat dekat2 ngan building office supaya saya sempat tayang muka masa morning assembly. Lepas tu, siapla ko.. security letak surat saman kat wiper. Waduh. 3 kali buat salah, kereta harus park di luar kawasan kilang. Iaitu di luar gate yang kena berjalan bermeter-meter. Tapi alhamdulillah, so far belum pernah kena lagi. Cuma yang saya pernah kena, dipanggil oleh Manager HR (Penolong Guru Displin) sbb saya kena beri alasan kenapa saya mai lambat. Dapat surat ooo.. tarikh nie slot-in 8.12am, then esok tuh 8.01am, lusa tu plak 8.02am. Kisah nie masa awal tahun 2010. Dahla kena potong gaji, kena panggil lagi. Saya.. buat bodo je. Suruh jawab, saya jawab je...

Sampailah satu ketika, boss group saya agaknya dah kena sound ngan Cikgu Disiplin mengatakan group kami dalam department kami mempunyai ramai pekerjanya yang datang lambat. Tapi boss saya baik. Dia buat cara diplomasi sket. Takde marah2. Tapi pysco ler. Every Thursday kami ada group meeting. Sebelum start meeting, boss akan umumkan rekod siapa yang mai lambat. Sendiri tanggung malu. Kekekke sbb boss announce nama2 sorang2. So, esok lusa kena improve. 

Improvement. Hmmm. Bukan meliputi saya saje. Of course saya kena improve ahli-ahli rumah saya. Every day, saya ditugaskan hantar anak ke sekolah dan ke rumah bbsitter. Bayangkan kalau suami saya outstation. Nak siapkan 3 orang anak. Memang sangat mencabar ok. Belum termasuk yang nangis pagi2. Yang nak itu dan nak ini. Challenging gitu! Terpaksalah jadi Leftenan Adnan kat rumah. Arahan bangun, mandi, pakai baju, kemas, pakai stokin, angkat beg, etc. Ingat larat nak buat semua. Main mulut je la kan.

Berapa lama lagi saya nak kerja di sini? Atau berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Hahahahah.

Suami saya tak suka dengar saya mengeluh. Kalau dengar je saya membebel, dia kata berhenti kerja. Oppss.. Bukan taknak berhenti kerja. I tolong ekonomi keluarga yer Darling.. kekkekeke. Tapi tulah, nak taknak saya cahut cabaran MALAYSIA BOLEH. Alhamdulillah. Semua atas kehendak Allah. Saya akan cuba dan terus melakukannya. Insya'allah. Semoga Allah beri kekuatan pada saya. Niat saya, saya nak kumpul duit untuk menunaikan haji ke Mekah. Semoga Allah memakbulkan doa saya. Amin...



Comments