Dalam Sujud Cintaku




Album :
Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Ok hari ini ada mood nak menulis sket. Saya tersentuh mendengar lagu ini. Membuatkan saya teringat zaman-zaman saya bercinta. Uwaaa.. Saat kena clash. Saat orang taknak saya. Memang frust ya amat.  Tapi zaman tu, saya bodoh sangat. Saya sayang orang seolah-olah saya lebih sayang drpd saya sendiri.

 Mengimbau kenangan itu, saya jadi sayu. Bukan sebab saya clash dan bukan sbb Allah tidak menjodohkan saya dengan orang itu atas sebab-sebab tertentu. Saya terharu dan sedar sebenarnya Allah sayang saya. Dia memimjamkan saya perasaan cinta kepada makhluk meyebabkan saya terasa gembira, disayangi, menyayangi, etc. Tetapi apabila dia menarik cinta dunia itu daripada saya, saya terasa kosong. Saya rasa lost. Saya rasa tidak dihargai atas pengorbanan ini. Macam-macam di fikiran saya yang sangat jahil dan bodoh. Masya Allah. Sungguh dasyat ujian itu pada saya. Dalam saya mencari cinta selepas itu, pelbagai manusia saya jumpa sehingga saya digelar PLAYGIRL!  

Wahai insan di luar sana yang saya pernah menyakiti perasaan anda, saya mohon maaf. Saya tidak bermaksud. Bukan senang untuk bercinta, mencintai dan dicintai. Semuanya dengan izin Allah yang Maha Mengetahui. 

Dengan kuasa Allah yang telah menulis qadar dan qadar kita dan segala ketentuannya sejak kita dilahirkan, maka saya dikurniakan seorang suami dan anak2. Terima kasih Ya Allah. Dengan dugaan yang saya alami dahulu, Allah telah meminjamkan insan2 yang tersayang dalam hidup saya. Dan skrang saya tidak seperti dahulu. Allah telah mengajar saya tentang menghargai seseorang -- menghargai suami dan menghargai anak-anak. Dalam rumahtangga sesiapa saje, bukan semua yang perfect. Maka saya teringat artikel yang saya baca, perkahwinan ialah passport kita untuk ke syurga. Masya'allah. Jadi mengenangkan itu, saya melatih diri saya bersabar dan tabah dalam apa jua situasi yang saya dan keluarga harungi. 

Menjaga suami, menjaga anak-anak, tugas-tugasan rumah, melihat akademik anak2, time sakit, suami balik lambat, etc etc... kalau nak berkira berapa banyak kita sebagai ibu membuat kerja rumah, dan berkira dengan suami kita yang peratusannya fokusnya kerja pejabatnya, dan mulut saya complain atau mengeluh itu ini maka tidak ada apalah yang saya dapat kecuali dosa semata-mata.

 Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah. Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Jadi saya beritahu pada diri saya. Buatlah kerja dengan ikhlas. Ikhlas kerana Allah. Buang yang negatif dan ambil yang positif. Jauhkanlah pemikiran mengatakan ooo Husben ambik kesempatan apabila kita mampu menguruskan semua benda. Be a superMOM! Apa salahnya. Orang selalu puji kita, dasyatlah ko. Ko memang SUPER MAK. Memanglah terasa kembang semangkuk kan. Ntah.. saya ambik masa jugaklah untuk mendapatkan perasaan ini. Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakan saya kekuatan dan semangat untuk saya menguruskan rumahtangga saya. Semuanya dengan izin Allah. Walaupun saya kengkadang nak jadi singa.. saya inform diri saya.. COOL COOL!! Ingat anak2 saya semua dengar cakap ker? Hahahaha.. mana ada. Ikut mood. Kadang2 OK.. Kadang2 ikut cakap dia saje. Mau tak hangin.


Memang bukan mudah saya nak uruskan anak-anak dan suami saya. Tapi saya percaya dengan THE POWER OF DOA. Doa mendekatkan diri kita dengan Allah. Allah telah beri saya apa yang saya inginkan setelah dulu saya kehilangan CINTA. Dan sekarang Allah telah memberikan saya CINTA kepada anak-anak dan suami. Takkan saya tak bersyukur dan menghargai apa yang ALLAH telah beri. Jadi LU FIKIRLAH SENDIRI!!!! (Cakap kat diri sendirilah kan..)

Comments