Jalan yg kita pilih..


Dua blog yang saya ikuti sekarang. Satu oleh Prof Kamil dan satu lagi PDKM. Kalau Prof Kamil menceritakan penghijrahannya ke kota Madinah sebagai lecturer di Universiti Taibah dan Saudara Manzlie ini dalam blognya PDKM ialah seorang pekerja Hotel Zam-zam di Kota Mekah. Masya'allah.. seronoknya membaca rezeki orang2 yg terpilih2 ini.

Ntahlah.. banyakla yang bermain di fikiran saya. Saya memikirkan manusia yang sibuk mencari kekayaan duniawi dan manusia yg sangat fokus kepada akhirat. Bila orang yang sibuk memikirkan pengejaran kekayaan dunia seperti rumah besar, kereta besar.. etc, menceritakan dan mempamirkan kekayaannya.. saya jadi macam confuse. Sesuai ke perkataan confuse? hahahaha. Tak salah sebenarnya nak kaya sbb itu mmg naluri normal manusia. Tingat saya masa saya join UPTREND dulu, mereka bangga dengan kekayaan yang mereka miliki.. kereta besar.. rumah besar. Dan adakalanya mereka menggunakan amalan2 agama - hormat lah ibu, solat duha selalu.. etc. Ms saya join dulu, saya fikir apasalla saya tak kaya2. Hahhaha. Maka kesimpulannya sedarlah saya.. NIAT itu penting. Niat kita solat duha, sedekah, etc.. bukan sbb kita nak menjadi kaya. Niat kita beribadah kerana Allah.. Ibadah utk bekalan kita di akhirat nanti. Itulah yg terjadi, apabila Allah telah anugerahkan kekayaan kepada kita, amalan ibadah dikurangkan. Astagfirullah hal azim.. semoga kita jangan jadi orang begitu.

Namun saya pasti, orang yang memilih jalan ke akhirat akan lebih berjaya. Kata-kata ini sangat memotivasikan saya..

BEKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP 1000 TAHUN LAGI, DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI PADA ESOK HARI.

Prof Kamil dan isterinya adalah contoh yang terbaik pada saya. Daripada seorang yang jahil, syukur isterinya Puan Roza selalu mendoakan suaminya, telah membawanya kepada apa yg dia miliki skrang. Keazamannya, semangatnya, usahanya, sememangnya membuat saya kagum tak sudah. Menetap di bumi Anbiya ialah cita-cita kita semua. Dia  sanggup wakafkan rumah banglonya di JOHOR dan menyewa sebuah apartment di Kota Madinah. Masya'allah. Sedarlah saya..fokusnya sangat tinggi ke arah akhirat. Apalah sangat mengumpul harta dunia yg tidak kekal. Saya doakan semoga salah sorang anak saya dapat menetap di sana pada suatu hari nanti dan saya akan berusaha mengajar anak2 saya.. MAMA tidak ada tanah.. tidak ada harta nak bagi korang semua. Tapi Mama akan didik anak2 Mama menjadi orang yg berilmu atas izinNYA. (Pening jugak bila orang komplen anak2 saya asyik main game saje.. huhhuhu.. takpe.. saya akan cuba improve)

Saya tak kisahlah walau saya ini duduk di paling belakang.. saya tak pandai. Kalau orang tegur saya, saya anggap ia adalah cabaran utk memotivasikan diri saya. Seperti satu kisah di IKIM yang menceritakan tentang seorang budak lelaki yang minta air pada sorang engineer tu dan akhirnya dia menjadi org yg paling hebat di Arab Saudi. Masya'allah.

Saya akan terus berdoa kepada Allah.. terus berdoa.. dan berdoa. Sesungguhnya Allah MAha Mendengar, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Amin.


Comments