Haji: Kami akan terus berdoa...



Umur saya dah nak masuk 34 tahun dan suami saya 39 tahun. Bilakah agaknya saya dan suami dapat ke Mekah untuk menunaikan haji pula? Menonton youtube ini membuatkan hati saya sangat terusik. Berdoa sangat2 dapat ke sana dalam usia yg muda. Semoga Allah murahkan rezeki saya untuk ke sana.

Tips yang saya baca semoga Allah permudahkan kita: Baca surah Al-Hajj dan setiap kali kita dengar orang nak ke Mekah, kita sedekah.

Malam semalam saya bermimpi BIN DAWOOD ada kat Malaysia. Hati saya gembira tak terkata sebab dapat membeli kurma berinti almond dan bersalut coklat. Bungkus dalam kotak harga dalam SR1 seketul. 10 ketul dalam SR9. Tapi itulah kurma almond coklat yg terbaik. DI sana saya asyik makan tu je setiap hari.

Comments

  1. Assalamualaikum Ja,

    Akak adalah silent reader Ja..dan suka baca tulisan2 Ja yg sama2 menginsafkan kita semua.
    Akak alhamdulillah dah mengerjakan Haji dlm usia 32 tahun bersama suami.
    Semuanya berlaku sekejap aje Ja, sebaik sahaja terdetik nak mengerjakan Haji, perasaan tu meronta2.
    Kebetulan masa tu akak mmg dah register Haji (Ja dah register di Tabung Haji ke belum?).Dengan gerak hati daripada Allah tu, akak menulis surat merayu untuk pergi Haji atas sebab-sebab tertentu, dan setiap masa berdoa agar dimurah dan dipermudahkan segala urusan, dan alhamdulillah akak dapat pergi.
    Jadi, Ja terus kan berdoa, dan berdoa. Insya Allah tuhan akan bagi Ja rezeki untuk pergi.

    Salam,
    Kak Leeza

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam Kak Leeza.

    Terima kasih kerana terbukak hati utk drop by dan komen yang sungguh bermakna dalam blog Ja.

    Semuanya bermula lepas balik umrah Kak. Perasaan rindu nak pergi ke sana lagi sangat tinggi. Kali ini sudah pasti untuk membuat haji. Bila solat, tingat masa depan Kaabah. Belum, Ja belum register lagi. Insya'allah dalam masa terdekat Ja akan lakukannya.

    Kan.. Ja percaya kepada DOA.. Ja akan terus berdoa kepadaNYA.

    Thanks Kak..

    ReplyDelete

Post a Comment