Banyak


Banyak benda nak buat, banyak benda yang telah berlaku, banyak cerita/peristiwa suka dan duka, banyak duit raya, banyak makan, dan macam2 cerita sejak 2 menjak ini.
Sebenarnya, saya banyak benda nak tulis. Tapi bagi saya, biarlah sesetengah perkara ini menjadi rahsia saya. Kalau boleh saya nak kongsi di sini tapi saya takut pandangan orang tentang niat dan tujuan saya. Sbb itulah saya telah delete sesetngah entry saya esp bab Umrah. Susah kita nak menceritakan ttg bab ibadah ini sbb sesetengah pihak mungkin menggap kita negatif. Padahal niat kita lain. Padahal saya juga rasa bersalah sbb dgn niat kita dan tujuan kita yg baik menimbulkan sifat negatif orang yang berpunca drpd kita sendiri. Bisikan2 di minda dan hati memang tidak boleh lari. Ya Allah.. ampunilah aku HambaMu yang lemah dan tidak terdaya ini....

Banyak benda yang saya telah lalui sepanjang bulan puasa ini. Banyak dan macam-macam. Syukur alhamdulillah dgn nikmat dan rezeki yng Allah beri kepada saya sekeluarga. Tahun ini, kami tidak pulang ke Kelantan. CIk Suami membuat keputusan untuk pulang ke kg saya saje sbb dia perlu kembali bertugas pada hri Jumaat. Insya'allah, jika masa mengizinkan kami akan ke Kelantan nanti.

Suasana hari raya di Kg saya sangat meriah. Dgn makanannya.. masyaallah - Laksa, Curry Mee, Ketupat, Rendang.. saya makan tak stop. Cover puasa sebulan kot. Saya takde mood nak ambik gambar raya... so memang tahun nie takde gambar raya saya. 

Apa yang berlaku seterusnya? ooohh pada 29th Augus lepas, Firman telah genap umurnya 8 tahun. Kami tak celebrate apa2 pun.. baik kek atau apa2. Just wish dan cium Pipi saje bersama keluarga..atok, opah, auntie2, uncle2...

Sampai di sini saje. Plan nak puasa syawal next weeklah. Tapi ada ustaz kata kena habiskan puasa qada dulu. Saya ada 4 hari nak kena ganti gitu. Semoga Allah permudahkan... Amin

Comments

  1. betul tu. aku pn penah dengar jgk. kena buat yg wajib dulu. baru kita buat yg sunat.

    ReplyDelete

Post a Comment