Manisnya..


Lama tak makan gula-gula. Oh citer saya hari ini bukan manis gula-gula atau coklat tapi manisnya KEHIDUPAN. 

Hari ini saya mendengar kisah hidup sorang kawan yg penuh syahdu. Kawan yg saya berjumpa di Mekah. Saya tak sangka di sebalik ketenangan dan keceriaan pada wajahnya terkandung dugaan yang amat hebat yang Allah ingin uji keimanannya. Setelah membaca banyak kisah ttg ujian, saya memang berpositif kepada semua yang dihimpiti masalah sebegini. Tatkala mendengarnya, saya jadi sayu dan sebak. TAPI saya pasti, orang yg menerima dugaan sebegini ialah antara orang-orang yg terpilih. Bukan semua orang yg ALLAH boleh uji sedemikian rupa. Sbb saya teringat satu ayat Al-Quran yang mengatakan, Allah sayang kepada semua hambanya dan DIA tidak akan menduga hambanya kerana dia tahu hambanya itu mampu untuk melaluinya. Masya'allah. Sbb tu saya mendengar dgn penuh kusyuk.. sbb saya tahu, solusinya dia akan kembali kepada ALLAH. Cuma dia ingin kekuatan daripada kata-kata saya sbb saya pasti "yang baik itu drpd ALLAH dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri". 


Masya'allah. Lately saya banyak dengar kisah masalah orang. Saya ok.. saya suka. Agaknya itulah kelebihan yg ALLAH beri pada saya yg orang suka bercerita kepada saya. Tapi satu.. saya bukan TUHAN. Saya tidak boleh solve masalah orang. CUMA.. bila orang bercerita kepada saya, saya selalu mengambil iktibar dan saya juga berdoa utk dia. Agaknya masa di Mekah, saya banyak berdoa untuk orang lantas saya membuat short cut takut saya lupa kawan-kawan saya.. "Ya Allah, Engkau makbulkanlah permintaan doa-doa rakanku yang mengirimkannya kepada ku berkat di depan KAABAH mu ini. Semoga Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka semua".

Tapi saya tahu, mereka yg bercerita kepada saya dan selalu menyebut nama ALLAH dgn menyerahkan urusan itu kepada ALLAH pastinya diakhiri dgn kemanisan yang berganda. Dan mereka yang menyalahkan orang dalam masalah mereka serta terus dan terus mengadu dgn masalah itu tandanya.. yer saya tak boleh buat apa2. Silalah kembali kepada ALLAH yer. Walau saya jenuh berbuih.. Ingat Allah.. Ingat Allah. 

Pagi ni saya tersentuh dgn kata-kata Prof Kamil dalam blognya. Antara ayatnya yang membuatkan saya tersentuh.

Segala kemanisan”masa lampau”  itu menjadi senada. Barulah saya menyedari yang seluruh kehidupan itu merupakan suatu kemanisan. Setiap satunya sangat manis jika dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT.
Hakikatnya, memahami betapa seluruh kehidupan merupakan satu kemanisan anugerah Allah juga merupakan satu kemanisan. Baik dan buruk di sisi manusia mempunyai harga yang berbeza di sisi Allah. Ia sangat mudah, “bersabar dan bersolat. Sesungguhnya solat itu amat sukar kecuali mereka yang kusyuk”.

*Terkenang pada zaman sekolah dulu saya menjadi Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan kawan saya melawak .. ini dia ketua Perosak Rakan Sebaya. Hahahhaha. Gurau2 gitu tapi mereka hormat saya.


Comments