Indahnya Kematian


Baru halfway baca weekend yg lepas. Kenapa saya baca buku ni? Sbb saya nak diri saya lebih prepare menghadapi alam selepas ini. 

Saya mungkin tiada apa di dunia ini. Saya tiada harta.. tiada pangkat.. tidak kaya. Saya tak boleh nak compete dgn orang pun sapa yg lebih hebat..  Saya tak empunya apa2.  Ooohhh ini bukan ayat putus asa.  Apa yg saya nak buat lagi dlm hidup ini supaya ianya tidak sia-sia? Now saya sudah 33 tahun (going to be 34 sebenarnya). Saya ada berapa tahun lagi utk hidup?  Esok, lusa, 10 tahun, 100 tahun ? Masya'allah.. memang menakutkan kalau nak fikir ttg ini. Sedangkan masa nak balik ke Malaysia dalam flight, condition kapal terbang sangatlah menakutkan. Bergegar sepanjang perjalanan. Bibir saya dah biru. Mulut terkumat-kamit membaca zikir2.. mengucap.. etc. Fikiran saya sudah melayang mengingat anak2 saya. Saya rindu pada mereka. Doa tak habis mintak Allah panjangkan umur.. Lantas hati berkata, Allah turunkan ketakutan ini kepada saya supaya saya sentiasa beringat. Sebenarnya, saya mmg takut naik kapal terbang..

Saya teringat kata2 buku yg saya baca.. even Ustaz di Mekah hari tu ada mengatakan.. bila kita mati, kita akan meninggalkan 3 perkara.. 1)Doa anak2 yang soleh  2)Amalan 3)Ilmu yang kita ajar ketika kita masih di dunia. Ini adalah satu point yg kita kena buat semasa kita di dunia.

Then, mati dalam keadaan husnul khatimah. Ustaz Farid masa di Mekah  pun ada menyebut..buat solat hajat supaya kita mati dalam keadaan husnul khatimah iaitu mati dalam keadaan iman dan islam. Buku ini ada banyak menceritakan tentang perasaan riak, takbur, etc. Bangga dgn amalan2 semasa di dunia. Juga ada yg menceritakan tentang orang yang semasa hidupnya banyak melakukan maksiat tetapi pengakhirannya mati dalam keadaan husnul khatimah. Masya'allah.

Point yang paling menarik yg saya suka.. jgn fikir tentang semalam atau masa depan. Fikir tentang hari ini.. buat yang terbaik pd hari ini. Dan keadaan ini mengingatkan saya semasa di Mekah yang saya berdoa utk apa yg saya buat pada hari tuh supaya saya tidak mensia2kan setiap minit dan saat di tempat yg penuh berkah itu. (Yer.. sbb itulah saya tak sempat shopping agaknya.. Allah makbulkan doa itu.)

So, agaknya begitulah Allah nak mengajar saya. Di Malaysia pun sama. Allah berada di mana2. Balik Malaysia, bukanlah semuanya indah belaka.. tetapi proses pelajaran dan amalan sedang berlaku. 

Saya akan habiskan membaca buku ini minggu ini juga. Semoga saya memperolehi pengajaran drpdnya. InsyaAllah.

Comments