Hari Raya Preparation

Masih terlalu awal ke nak cerita tentang persiapan hari raya? Kalau tanya saya.. Sudah.. dah siap dah. Baju Melayu.. baju kurung. Semuanya recycle. Anak2 pakai baju raya warna hitam yg saya beli tahun lepas. Baju2 mcm jeans dan tshirt utk anak2, saya pakaikan apa yg ada sajelah.Lagipun masih ada yang elok2.





Cuti raya saya selama seminggu iaitu daripada 28/8 - 4/9/2011. Raya mana dulu? Oohh.. kali ni giliran ore Kelate dulu. Then baru balik Tepen. Kali ni saya nak membuat konsep ziarah. Saya nak ajak suami saya pergi ke kubur arwah bapak dia. Nak suruh bawak Firman dan Ryan. Nak ajar tentang adab menziarahi kubur. Apa yg kita perlu buat. Saya pun kena study nampaknya sbb saya pun sudah lama tak pergi menziarahi kubur. Saya juga nak pastikan raya kali ini tidak melepak saje di rumah. Ziarah.. ziarah!!! Bukankah banyak pahala apabila kita memupuk silaturrahim. *OK.. pastikan bekalan duit raya ada yer. Ala sedekah budak2. Ingat niat nak sedekah. Tak perlu nak menunjukkan kehebatan kita dgn meletakkan RM10 dalam sampul. Janji ikhlas..

Ohh masih awal lagi nak citer tentang raya. Takper. Saya nak bukak mood sebenarnya sebab 2-3 menjak nie memang tak sampai mood raya saya.

Skrang ni, saya lebih suka berbuka puasa di rumah. Walau sedikit, walau sederhana, saya rasa selesa bersama keluarga menikmati hidangan yang kadang2 beli di pasar ramadhan. Bukan kadang2.. so far beli je nie. Hahhaha. Saya mmg tak sempat kecuali weekend. (Ya Allah, murahkan rezeki ku.. cukupkanlah ku dgn rezeki yang Kau Beri.. Amin).

Sebenarnya, apa yg saya fokuskan ialah ibadah pada bulan Ramadhan. Mungkin itulah doa saya semasa di sana. Saya tak mahu mensia2kan bulan Ramadhan yg datang setahun sekali.  Mekah dan Madinah memerlukan wang utk kesana menunaikan ibadah tetapi bulan Ramadhan Allah ialah waktu dan masa yang Allah beri kepada setiap orang yang tidak memerlukan wang. Jadi kita ialah tetamu Allah juga pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Allah menggandakan setiap amalan yg kita lakukan pada bulan ini. Yang mana yang sunat, Allah bagi pahala yg banyak seperti yang wajib. Masya'allah.

Semoga Allah memberkati kita pada bulan ini. Selamat beribadah yer. Jgn kita mensia2 kan bulan ini. * Saya cakap utk diri saya juga.


Comments