Doa

Sila baca kisah 7 Langit dan 7 malaikat penjaga. Kisah ini boleh anda baca di sini kerana sangat panjang.


Ramai yang penah dengar kan kisah yang setiap doa kita disambut oleh Malaikat dr Langit Pertama lagi dan doa-doa kita itu ada penapisan sebelum sampai kepada Allah Ya-Rabb. So itulah kisah yg kebetulan yang saya baru terjumpa tadi. Alhamdulillah. Insaf jadinya saya. Maka saya akan pastikan untuk berdoa dengan cara yg betul semoga setiap kali saya berdoa hati saya sampai kepada ALLAH.

Membaca kisah ini, lantas saya siap berdoa secara spontaneous "Wahai Malaikat, tolonglah sampaikan doa saya ini terus kepada ALLAH. Janganlah malaikat-malaikat semua membaling doa2 saya ini kepada saya semula. Saya berdoa semoga Allah menerima dan memakbulkan doa saya. Doa ini tidak ada unsur2 riak dan bersifat keduniaan."  Itulah antaranya.. ntah saya tetiba menjadi takut dan teringat doa-doa saya kepada ALLAH.  Adakah Allah terima? Maka saya teringat masa Lailatur Qadar, doa-doa kita akan terus ke langit tanpa penapisan. Begitu juga semasa di hadapan Multazam Kaabah. Subhanallah.

Namun saya tahu, Allah Maha Pendengar dan Maha Mengetahui. Jika ada doa-doa kita Allah tak makbulkan bermakna Allah lebih tahu kesannya kepada diri kita. Kita berharap sangat atas sesuatu perkara, tetapi Allah yang Maha Penyayang tidak memberi kepada kita atas sesuatu sebab yg mungkin memudarat kan kita. Jadi saya mengajar diri saya supaya sentiasa bertawakal kepada Allah dan sentiasa di bawah bimbinganNYA. 

Ini saya dengar drpd satu ceramah. Tapi maaf saya tak ingat sumbernya gitu. Tapi saya rasa ia adalah fakta yang kita sudah tahu. Doa ini ialah ibadah juga. Kita kena berdoa sebagai tanda kita mengabdikan diri kita kepada ALLAH yang kita tak memiliki apa-apa pun di dunia ini. Boleh juga berdoa semasa sujud sebab itu yang terbaik. Tips berdoaialah merendah-rendahkan diri kita yang jahil ini dan mengagung-agungkan  kebesaran ALLAH. Pastikan doa-doa kita tidak bersifat keduniaan sehingga menyebabkan riyak dan takbur. Contohnya kita berdoa supaya kita dapat menjawat jawatan Manager tapi disebaliknya supaya kita ini mendapat sanjungan dan pujian. Camtula.. tu yang Malaikat-malaikat hempas balik doa itu kepada kita. Masya'allah takutkan. So, saya latih diri saya jika inginkan sesuatu pastikan semuanya kerana LILLAH HITAALA. Allah sangat mengetahui apa yg terdetik dan terbuku di hati kita.

Comments

  1. salam, terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat baik ini.

    ReplyDelete

Post a Comment