Program Hari Sabtu


Kelam-kabut tapi puas hati. Masya'allah... kita hanya merancang tapi Allah yg tentukan. Allah memudahkan setiap langkah ku. Syukur.. Alhamdulillah.

Hari Sabtu yg lalu penuh dengan aktiviti. Walaupun Cik Somi kerja namun saya mampu melakukannya. Tima kasih pada suami tercinta kerana always bless dgn apa yg saya buat. Saya ada lagi masa 12 hari lagi misi saya bersama suami. Masya'allah,  tak sabar rasanya. Banyak benda2 yg perlu disettle namun saya berserah kepada Allah yg sebaik2 pengatur.

Tak sangka2 dlm misi saya nak buat perjumpaan bersama rakan2 MJ saya di rumah saya, saya dapat invitation drpd Astr* utk menghadiri pelancaran Disney Jr di Bkt Kiara Equestrian Saya menang utk contest anjuran Astr*. Alhamdulillah. Dan pagi2 plak, saya kena ambil report card Ryan di sekolahnya. 3 benda kena buat pada hari Sabtu. Alhamdulillah.. Allah memudahkan tugasan saya pada hari itu, semua dapat dilaksanakan dengan baik.





Disney Jr event sangat seronok. Anak2 saya sangat enjoy.  Bermula pada pkl 1.30pm, dgn keadaan matahari yg sangat terik, dgn Emran yg tidak berkhudrat utk keluar dr stroller dan berpeluh2, mereka participate setiap acara2 yg disediakan. Misi utk mendapatkan 4 stamps sebelum mendapat goodie bag dilakukan oleh saya dengan anak2 dengan semangat berkobar2. Alhamdulillah. Lepas settle semua aktiviti dan lepas bergambar dengan Mickey and Minnie, anak2 saya semua puas hati. (Yelah.. lepas tu plak, Papa mereka nak bawak pi tengok wayang Transformers .. hahaha).



Alhamdulillah.. gathering juga berjalan dgn lancar. Kami sama2 dpt membaca surah Yassin yg diketuai oleh Wai. Tima kasih Wai. Memang macam Imam Hassan lah. Hati yang sangat syahdu dan ikhlas. Jazakullahu Khairan kawan2 semua.. Semoga persahabatan kita semua kekal abadi hingga ke akhirat nanti.

Wa Min Yassir Wala Tuassir. Wa Min Atmin Bil Khair. Semoga segala2 nya dipermudahkan. Amin...

 sambung:-


gambar nie daripada blog jiran lama saya, Ena,  yg saya jumpa masa event ini. Tak sangka dapat jumpa dia dekat sana. Maklumlah saya yg kalut ngan 3 orang anak lelaki ini. Hehehhe. Cantik2 gambar2 dlm blog Ena. Harap kita jumpa lagi yer...

Comments