Kebetulan



Mengenang saat2 jahilayah saya dulu, saya terasa sebak. Tapi itulah realiti kehidupan untuk mencari identiti diri sebenar. English quotation ada mengatakan, "Experience is your best teacher". Betul.. dan experience inilah saya belajar mengenal ALLAH.

Dari kecil saya seorang yg suka bersendiri. Saya jenis orang yang sibuk mencari. Bagaimana nak jadi begini? Orang buat itu, saya buat. Contohnya, nak menjadi Pengawas Sekolah. Pada masa sekolah rendah, saya teringin menjadi pengawas sekolah tetapi saya tak tahu caranya. Saya envy ngan kawan2 yg jadi pengawas dan menjadi kesayangan cikgu. Namun Alhamdulillah.. semasa di sekolah Menengah, saya mendapat semua itu. Saya dikenali di sekolah, saya merupakan Pengerusi PRS - Pembimbing Rakan Sebaya, semua persatuan saya pegang. Kalau budak2 jr tengok nama saya.. mmg depa hormat dan kagum. Semua nak jadi adik angkat saya. Hahahah. Sampai mcm tu sekali. Saya menjadi idola walaupun ke sekolah menaiki PASOLA Kuning Mak saya itu yg kadangkala menjadi pengawas yg suka datang lambat. Hahahah. Adoi.. sekolah.. sekolah. Saya miss zaman itu.

Kejayaan saya itu membuatkan saya berjaya masuk Universiti Tajaan T*B sebelum result SPM keluar lagi. Alhamdulillah.. result SPM saya OK.. bolehlah. Below 15 kan. Tapi sehebat saya pada masa tuh, saya tidak dapat menandingi kehebatan pelajar2 lain yang berjaya di situ. Saya budak Tepeng yg berjaya bersama student2 SBP antara 100 students yg mendapat tawaran tajaan syarikat letrik ini yg akan dihantar ke NZ pada thn 1997.

Pandai saya tak lama.. lagipun saya tidak seperti dulu. Saya macam loss dalam kehidupan. Itulah dia, Allah pernah bagi kita kemewahan dan Allah telah tarik juga anytime. Pada tahun 1996 saya antara salah seorang pelajar yg dilujutkan drpd tajaan itu kerana result yang sangat teruk. Namun saya diberi peluang ke-2 untuk menyambung pelajaran saya di situ. No FLY. Saya telah join budak2 junior. Saya juga mempunyai BF yang setahun muda. Hahahha. Maka pada saat itulah pelbagai episod bermula.

Dipendekkan cerita saya grad pada tahun 2000 di UNIT*N bersama pelajar2 junior. Alhamdulilah.. saya bejaya grad dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapa saya. Saya happy sebab mak bapak saya happy.

Semua itu hanyalah episode2 kehidupan saya sehinggalah saya bekerja, berkahwin, bekeluarga, beranak etc.. Sedih, gembira, ....

Dan pada minggu ini, pelbagai perasaan menghantui saya. Yer, saya hanya melakukan UMRAH. Ramai dikalangan kita sudah ke sana. Seronok saya dengar. Rezeki yang ALLAH bagi, saya terus behajat utk ke rumah ALLAH. Satu harapan yang tak terhingga supaya ALLAH mengampuni dosa2 saya yang saya telah lakukan. Saya tidak tahu.. saya bodoh dan jahil. Tapi saya sedar.. ALLAH sayang saya. Allah banyak memberi saya peluang. Pelbagai keadaan saya merasakan seperti hubungan saya dengan anak. Saya menegur anak2 saya, dan ALLAH menegur saya. Masya'allah.

Percayalah.. kita tidak dapat melihat ALLAH. Tapi Allah memberi kita satu pancaindera ke-6 yang sangat hebat iaitu HATI. Dari situlah kita mengenal ALLAH. Tak kenal maka tak cinta kan. Allah pernah memberi saya perasaan cinta utk pelbagai jenis orang dahulu. Saya pernah frust..putus.. dicintai.. etc. Dan akhirnya, saya sedar CINTA HAKIKI kita hanyalah kepada ALLAH yang empunyai LANGIT DAN BUMI.

Dan akhirnya, apa yang berlaku pada diri saya dahulu.. saya tidak pernah menyesal. Sbb itu lah teguran ALLAH kepada saya. Saya belajar utk menjadi matang. Biarlah episode yg lalu itu berlalu kerana ianya hanyalah sejarah.

Sebagai seorang isteri dan seorang ibu.. dan seorang anak kepada kedua ibu bapa saya.. dan paling utama.. saya HAMBA ALLAH yg hina akan terus berjuang selagi saya masih bernafas di dunia ini akan terus mengabdikan diri saya kepada ALLAH dan mendoakan semoga keluarga, anak2 saya, zuriat2 saya menjadi Hamba ALLAH yang berjaya di dunia dan akhirat. Misi saya belum selesai... mungkin ia akan bermula. Subhanallah...

Comments

  1. smg segalanya dipermudahkan oleh allah..doakan smg saya ada rezeki kesana jugak.. :)

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya dipermudahkan. manusia tak lepas dari melakukan kesilapan....

    ReplyDelete

Post a Comment