Pengorbanan



"Tanpa pengorbanan kita tidak akn dpt berada dimana kita mahu berada.." kata-kata Dr Afifi ini telah memberi inspirasi kepada saya. Melihat youtube ini, saya terasa meremang.. nangis.. uuhh.. mmg sangat inspiring. Mcm2 agenda dan fikiran berada di dalam otak saya.

Apa yg saya fikirkan, Islamic Education tidak menghalang seseorang utk berada di tempat yang sangat hebat seperti di Oxford Uni. Masya'allah... Saya sangat teruja. Saya jahil Ya Allah.. Saya tidak hebat Ya Allah.

Saya melihat diri saya.. saya berkata kepada diri saya.. bolehkah saya mempunyai zuriat seperti itu? Maka saya sedar, saya harus improve diri saya. Anak2 saya ialah diri saya. Saya share dan bincang perkara ini kepada suami saya. "Our Kids are Us". Alhamdulillah.. lately suami saya suka apa yg saya bicarakan bersamanya. Banyak input2 yang saya terima, saya tak malu nak share ngan suami. Ya Allah. syukur Allah anugerahkan saya seorang suami. Saya tidak keseorangan.. 

Pengorbanan bagi saya memberi perspektif  yang sangat lebih luas. Mendengar perkataan pengorbanan saya terasa tenang. Misi saya skrang mungkin tidak pernah terfikir oleh saya yg dahulunya saya fikir hanyalah pada keduniaan. Hari demi hari, saya banyak berfikir lantas alhamdulillah setiap jawapan tiba tanpa saya sedari. Contohnya tentang akhirat. Tujuan kita hidup di dunia ialah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. That's the fact. Dan ada kata2 mengukuhkan lagi fact ini, berpeganglah pada akhirat insya'allah kamu akan memperolehi dunianya juga. Baru pagi tadi saya dengar di siaran motivasi IKIM.

Saya pernah juga terfikir, bagaimana untuk membuatkan semua orang berbangga kita beragama Islam dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna. Yelah, dr segi pakaian, pergaulan, etc sbb saya yg sudah terbiasa ala2 Islam Cowboy ni CUBA untuk mengubah diri ini dgn cara yg lebih baik. Ya Allah.. boleh kah Allah berkati dgn usaha saya ini. Banyak benda saya nak berubah.. dan untuk berubah banyak perngorbanan yang saya perlu lakukan.

Perkara pertama yg saya cuba elak ialah bersikap riak, menunjuk-nunjuk dan takbur. Secara tidak sengaja, kadang2 sikap ini senang saje muncul dalam diri kita. Astagfirullahalazim.. minta dijauhkan sikap2 buruk itu. Kita tak sengaja tetapi datang sikap jahat yg kadang2 kita gah sangat yg kita lebih drpd orang lain yang niat kita sebenarnya hanyalah utk share saje. Begitulah syaitan laknat.. bila kita nak berbuat baik, dia bisik kita jangan buat baik. Tapi bila kita dah berbuat baik, dia bisik kita plak supaya menunjuk2.

Banyak lagi ilmu yang saya perlu belajar selagi saya masih hidup. Apa yg penting, saya harus memperbaiki diri saya seadanya. Memperbaiki diri itu ialah pengorbanan. Banyak lah yg perlu dikorbankan dan oleh itu barulah kita akan dapat di tempat yg mahu kita berada. Kena belajar lagi ni..

Comments