Senyum yer.. walaupun harimau mengaum



Tengok gambar senyum.. datangla aura gumbira sket walaupun sebenarnya otak tengah beku.

Hari ni hari Guru.. Alahai.. kalutnya saya apasal tak prepare hadiah untuk cikgu2 anak2 saya. Langsung si Ryan dah bising.. "Mama.. hari ini Teacher's Day. Kenapa Mama tak bagi hadiah nak kasi kat teacher Abang Ryan nie.. semua orang kasi tau!" Alamak. Saya terlupa. "Oklah.. hari Rabu kita bagilah kat Teacher." "Apasal Rabu.. esoklah... "Adoi anak saya yang ke-2 nie mmg jenis tak sabar.. kalau boleh dan dan tu la nak bagi. 

Adoi... saya pun tak tahulah kenapa otak saya tgh blank hari ini. Mungkin semalam dok ngamuk ngan anak2 sbb kisah si abang2 main pedang guna hanger sekali terkena si adik kecik. Kena kat bawah mata. BERDARAH. Adoila. Nasib baikla tak kena mata. Jadinya.. Harimau mmg mengaum semalam sampai dah keluar suara jantan. Mengamuk saya tak hingat. Sampai budak2 kecut perut. Adoila.. cemana saya boleh marah teramat sangat semalam. Agaknya camnielah muka saya kot di kala menjerit. Hhuhuhuhuh.


Mengucap.. mengucap. Inilah dugaan anak2 lelaki.  Adoila.. Then saya fikir.. ilmu dan amalan saya kena pertingkatkan lagi. Kena constantly baca doa2 untuk melembutkan hati anak2. Saya perlu improve lagi.... Saya kena dekatkan diri kepada ALLAH lagi. Bangun malam.. solat tahajud.. solat hajat. Allah tegur saya dan uji saya.... :(

Teringat saya satu hari, saya bawa anak2 saya keluar. Sebelum tu saya solat Dhuha dan berdoa urusan saya hari ni dipermudahkan. Saya berdoa kepada ALLAH supaya anak2 saya behave. Alhamdulillah.. mmg mudah saya uruskan mereka. Mereka mendengar kata dan apa yg saya buat paa hari tu semua smooth. Saya happy dan anak2 happy. Hmm..  Setiap kali saya alami masalah ngan anak2, pasti saya akan ingat incident ini. Dan saya pasti.. setiap hari dan setiap ketika saya kena bercakap dengan berdoa kepada ALLAH. Dan saya pasti juga..ALLAH MAHA MENDENGAR....

Again kata2 PROF KAMIL dalam blognya menyedarkan saya.. kita manusia. Takkan sempurna. Pasti melakukan kesilapan. Dan sesunggguhnya setiap hari saya kena minta ampun dengan ALLAH. Semoga memudahkan saya membesarkan anak2 saya... sebab saya saaaayyyaaang anak-anak saya. Uwaaa.. emo.

Ada dua ingatan Allah yang melekat di dalam minda. Ia disebut berulang-ulang. Pertama, kataNya manusia adalah lemah sifatnya. Pagi minta ampun, petang sudah melakukan kesilapan.

Malam bertaubat, pagi sudah melakukan dosa-dosa baru. Namun Allah tegaskan juga yang kerana itulah sifat manusia maka kita sentiasa perlu memohon keampunanNya.

Kedua, Allah menyebut secara jelas betapa kebanyakan manusia akan mengingatiNya ketika susah tetapi lupa ketika senang.

Oh yer.. apa jadi ngan EMRAN? Apa nak buat sapu jelah alo-vera. Firman sian kat adik konon nak letak plaster. Cemana nak letak sbb betul2 bawah mata. Skkeet lagi nak kena mata. Harap2 takde parut la nanti.

Comments