Saya seorang yg jahil

Saya seorang yg sangat jahil. Banyak benda saya tak tahu. Tapi saya nak menjadi orang yg baik2. Saya takut nanti ajal saya ALLAH jemput awal. Saya takut..... 

Saya inform diri saya.. Apa yg kita ingini takkan pernah cukup. Apatah lagi keinginan di dunia. Mcm2 kita nak. Saya melihat orang kaya.. dan saya juga melihat orang miskin. Semalam saya boleh tengok LU FIKIRLAH SENDIRI The Movie. Adoi.. ianya cerita simple dan saya boleh katakan juga.. sdeket bengong tapi saya mengambil persective yg positif dalam filem itu.

Saya bayangkan orang yang menerima dugaan dan musibah yang bertubi2. Macam Nabil dalam filem tu lah. Kesian dia. Tapi saya tahu lah.. kalau filem Melayu camnie mesti setelah teruk2 kena musibah pasti akan beroleh kejayaan.. akan jadi kaya selepas itu. Kaya dan glamour.. Saya menangis.. saya tak tipu.. saya boleh siap lagi berdoa.. Ya Allah ko permudahkanlah hidup Nabil. Tapi saya nak tergelak sbb iainya hanya filem saje. Apa la saya nie.. tapi takpelah..Semoga Nabil yang sebenar pun dipermudahkan hidupnya.. 


Saya sedar satu perkara.. sememangnya orang yg diduga dgn musibah2 ini tidak akan lama dugaannya KECUALI jika dia benar2 berdoa kepada ALLAH. Masa saya tengok nie.. dalam hati saya kata.. ooo Mak Bapak dia berdoa utk dia nie. Bagus bagus... Ehh betul, doa IBU amat berkesan tau. So baik2 lah dgn ibu kita. Kalau nak berjaya dalam hidup hendaklah jaga hati ibu kita.. kalau dia sayang kita.. baik ngan kita.. insya'allah cemerlanglah hidup kita di dunia dan akhirat.

Saya selalu berkata pada diri saya.. berdoalah kepada ALLAH. Setiap masa.. setiap nafas. Yang penting bangun pagi berdoa.. nak tidur berdoa. Istigfar selalu.. jangan luput sekali pun ingatan kita kepada ALLAH. Ya.. saya dalam proses train diri saya untuk perkara ini. Sbb itulah kita ada macam2 doa.. doa makan.. doa nak tidur.. Semuanya ialah untuk diri kita mengingati Allah. Mmg susahlah kan nak hafal semua doa.. tapi kalau tak ingat cukup dgn baca Bismillahirahmanirahim...

Tapi saya pesan pada diri saya juga.. manusia ini tak pernah perfect. Pagi baru dia solat.. petang dah ada dosa. Tapi tulah.. nak kena pastikan hati tu sentiasa bersih. Kalau hati tu diselaputi hitam sket pun.. mmg susah sebenonya nak polish. Saya pernah merasainya.. Bukan senang nak mantain.. benda nie berlaku apa bila diri kita terlalu fokus pada bab dunia. Serious. Then, bab makan pun sama. Kalau makan terlalu banyak juga.. So berdoalah kita sama2 supaya Allah sentiasa beri hidayah pada kita dan tidak membalik balikkan hati kita. 

Saya berdoa kita semua sama2 memperolehi taufik dan hidayah daripada-Nya yer..


Comments