Fenomena Halo di Taiping





Objek kat atas nie nampak kalimah Allah.

Subhannallah.. Maha Suci Allah. Peristiwa ini berlaku dalam pkl 12.45pm ke atas. Mak saya inform tadi suruh tengok matahari kat luar. Dia call from Taiping. Cantik sangat katanya. Tapi kat KL nie awan banyak sangat. Tak nampak. Beruntung mereka yang duduk di Tepen. Mmg kecoh tadi dengan fenomena ini. Itulah dia bukti kekuasaan ALLAH.


Cerita sepupu saya di Taiping, ramai orang terpegun dengan fenomena ini. Rata2 yang ada di Pekan Tepen semua ada yang berhenti kenderaan sambil asyik dan kusyuk melihat keindahan ini. Tidak lupa di sekolah juga. Katanya ternampak macam ada objek kecik bergerak2 dalam lingkaran itu. Wallahualam.


Bila saya search di internet kejadian ini dipanggil FENOMENA HALO. Banyak berlaku. Ia bukan gerhana tapi satu fenomena optik. Ia dikatakan berlaku selepas hujan seperti kejadian pelangi. Ni saya petik daripada blog ini

"Halo, dalam bahasa dan tulisan Latin, juga disebut sebagai nimbus atau gloriole. Merupakan fenomena optik yang menampilkan bentuk cincin di sekitar sumber cahaya. Di alam biasanya kita lihat saat bulan purnama atau saat matahari terang di siang hari.


Fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksi cahaya matahari/bulan oleh kristal-kristal es yang terdapat di awan cirrus, awan yang terletak di tingkatan atmosfer yang disebut troposfer, sekitar 5-10 km dari permukaan bumi.

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya Matahari atau Bulan. Fenomena Halo adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Halo adalah fenomena yang lebih sering terjadi di langit.
"

So, tidak ada tanda2 yang mengatakan petanda, kiamat, etc. Pastinya ia adalah bukti kekuasaan ALLAH yang Maha Berkuasa. Allah yang mengetahui di sebalik setiap kejadian.

Esok ada Istiwa Matahari pada pkl 5.18pm mcm tuh. So boleh check kedudukan kiblat kita esok kerana matahari2 betul2 atas kaabah.

Comments