Wondering


Saya terpaksa berteduh di office dulu sbb di luar hujan yang amat lebat. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menulis serba sedikit apa yg saya sedang fikir. 

Dalam minggu nie saje, banyak benda yang berlaku. Seorang kenalan yang bekas pelajar universiti al-azhar, mempunyai 5 orang anak dan pasangannya juga bekas pelajar yg sama telah direport atas kesalahan menipu , hutang dan ugutan bunuh sahabatnya sendiri. Dia ugut bunuh? Saya mcm tak percaya sbb orang yg kita harapkan memberi ilmu agama tetapi berkelakuan begitu? Perlukah saya percaya. Saya sms kawan dia itu dan dia kata anggaplah sebagai pengajaran. Dia pun redo je. Saya blank. Nak percaya ke tak tapi saya tengok sendiri salinan report polis itu. Masya'allah. Saya bingung. Namun saya berdoa, andaikata dia benar semoga ALLAH tolonglah dia dan jika dia salah semoga ALLAH memberi petunjuk pada dia. Berserah...

Then adalah minor kisah yg saya anggap it's OKlah. Sebab mereka keluarkan saya drpd group tu. Keluar parti dan dibubarkan keahlian. Cenggitu ke ek? Hehhehe. Takpe.. saya redo. Daripada memudaratkan diri saya, baik saya tak ambil tahu. Dun worry kawan2... saya saje je. Kalau Harun keluarkan saya drpd list pun saya OK. :) Saya takde sumpah korang jadi washing machine pun.. saya doakan korang happy. PEACE PEACE KACANG PEACE.

Kengkadang saya wondering, mesti orang ingat saya tulis blog nie menganggap saya nie macam bagus. Lebih2 plak minah nie. Nak kasi nasihat kat orang pasal agama etc. Macam lah ko tu bagus sangat. Ker? Pasal agama plak tuh. Ko tu didikan mana.. sekolah Convent je tau.

Saya dgn humblenya memberitahu.. seperti tajuk di atas.. "I want to be good". Saya dalam proses transformasi dan pembelajaran yg saya rasa tanpa penghujungnya sampailah saya mati untuk menjadi hamba ALLAH yg selamat di dunia dan di akhirat. Saya tidak boleh jadi seperti Siti Aisyah, Saidina Khadijah, Mariam, etc. Tapi, saya jadikan mereka sebagai guideline saya. Macam saya kena appraisal. Dapat 3.. average. Padahal saya rasa, saya dah perform sebaik2nya tapi BOSS kata saya tak cukup bagus. Haruskah saya melatah. No. Itu baru appraisal dgn BOSS. Saya pernah berkata kepada suami saya.. cemana suami saya RANK diri saya.. cemana ALLAH rank diri saya. Saya nangis.. ntah2 1. Zero... Uwaaaaa... So, daripada situ saya belajar... 

Hati saya berkata.. lebih baik begitu drpd terasa diri tuh hebat sangat. Bila terasa hebat, bukankah lebih memudaratkan diri. Masya'allah. Minta dijauhkan. 

Memang susah menegur orang. Bila tegur orang kata kita hebat padahal niat kita ingin menolong. Apalah ada pada saya dgn ilmu yang sedikit ini.. lainlah awak tu Ustazah ke.. layaklah nak tegur orang. Wondering lagi.. So, cemana?? Ustazah pun kena dapat report polis. Ustaz pun kena tangkap sebab bunuh budak 7 tahun. Apa lagi? Tercalar kan title Ustaz dan Ustazah.

Maka saya berfikir... haruskah saya pergi bertapa kat gunung everest semata2 nak cari solution? HAhahhaha.

DUGAAN. Kita manusia biasa saje yg mmg tak boleh nak lari drpd melakukan kesilapan. Apa saje peristiwa yg kita face setiap hari kita redah je. Saya lah. Contohnya saya.. kalau balik rumah konon nak jadi ibu yang baik taknak marah2, kat rumah kalau anak2 naughty masih lagi jadi HARIMAU JADIAN. Daripada situlah dok kautim hati dan minda balik.. sabar.. sabar.. istigfar. Cuba improve. 

Tapi pagi tadi ceramah di IKIM pasal EAGLE tuh mmg baguslah. Saya mmg terinspire. Nanti nak dengar ulangan semula malam nie. Jom maghrib dulu...

Adios.

Comments

  1. betul!!blogging ni therapy & jugak medan kita pujuk diri sendiri..dlm masa yg sama muhasabah.melainkan org blogging utk menayang itu & ini..itu mmg tersasar jauh!!

    ReplyDelete

Post a Comment