SMILE


Smile.. smile. Bangun pagi saya SMILE. Itu pelajaran baru saya hari ini untuk absorb tenaga +ve. Bukan senang tau, Cik Somi tak around dan saya kena uruskan semua anak2 saya yang comel itu. Dan lagi satu.. boss saya di office telah meletakkan target supaya anak buah group dia datang ke office dan specific berada di tempat duduk masing2 sebelum loceng pertama berbunyi iaitu pkl 7.55 am.

Saya kena siapkan 3 ultramans... kasi susu.. mandi.. pakaikan baju.. suruh solat... Hari ini taknak siren.. bising. Mama mereka hari ini baik. Mama juga nak kasi kepada tenaga positif kepada anak2. 

Syukur alhamdulillah.. anak2 semua dengar kata. Sebelum tidur dah pesan. Bangun tidur juga pesan.. Papa takde.. jadi semua orang kena bekerjasama. Mulut saya hanya keluarkan nasihat2 saje. "Hari ini kita semua happykan. Anak2 Mama semua baikkan. Anak2 Mama nak jadi pandai dan semua orang sayang.... bla bla.. ".

Alhamdulillah.. hari ini 6.45am dah berada dalam kereta. Saya baca bersama anak2 saya surah Fatihah.. 3 Qul dan Bismillah Hillazi... Sbb keluar awal, jalan pun smooth sket. Firman sampai awal. Seronok dia sbb dia pun ada target nak jadi orang pertama sampai.  Sampai flat bbsitter naik tangga 3 tingkat (Rumah bbsitter tingkat 3.. takpe.. Cek exercise pagi2 dgn mendukung Emran dan pegang tangan Ryan kat sebelah).

Fuh.. terasa tenang bila drive tak berapa nak jem dan sampai di office pukul 7.35am. Dapat dengar motivasi di Ikim bersama Dr Azhar Sarip. Ala.. last dia hari ini. Minggu depan motivator lain. Tapi topik motivasi dia yang saya dapat simpulkan ilh kita kena bercakap dan mengadu dengan ALLAH. Apa saje.. baik atau buruk. Daripada kita mengadu dgn orang.. baik kita mengadu kepada dia. Bak kata Maher Zain.. 

"Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray"

Sampai kat Office, sorang staff tegur... "Wahh.. Awal Kak Fuza hari ini?"

Saya SMILE....

p/s, Petang nie nak pi Thai Oddysey untuk massage. Cek sakit badan... muahahhaha.

Comments