Jangan sombong...

Saya tetiba sedih bila membaca topik MEMAHAMI KEPADA SEGALA HAKIKAT. Saya taknak menghuraikan apa yg terkandung dalam artikel ini. Siapa yg berminat boleh baca. 

Saya boleh buat kesimpulan saje dan inform diri saya. Katalah camnie.. kita solat semua. Kita puasa. Yelah kita buat semua amal ibadah kita. Tapi kita memandang serong kepada orang yg tak pakai tudung, tak solat, tak puasa, etc. Itu yang kita kena latih diri kita. Sehebat mana pun kita buat ibadah kepada ALLAH, hanya ALLAH saje yg tahu ttg diri kita. Kita buat bukan nak tunjuk orang. Siapalah kita nak judge nak hukum orang itu berdosa. Contohnya.. bila orang tu ckp cenggitu cenggini, kita kata dia murtad lah apa la. Paling jahat mulut.. sure orang tuh masuk neraka. Adoila...

Itulah yg saya belajar drpd artikel ini. So, janganlah kita judge ttg kehebatan kita buat amal ibadah kita kepada ALLAH. Dapat solat 5 waktu tuh hebat. Sbb apa, kelak nanti orang yang masuk syurga ialah orang yg tak pakai tudung, tak solat, tak puasa...Bagaimana mereka boleh masuk syurga? Allah saje yg MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL dan SAKSAMA. 

Kenapa ALLAH mencipta dosa dan pahala? Jahat dan baik. Semuanya utk mendekatkan diri kepada ALLAH. Ada artikel yang saya baca, ada sorang tuh dengan masuk LOKAP baru dia mengenal ALLAH. Dia insaf dan bertaubat. Yes, dulu dia jahat. Tapi skrang dia betaubat nasuha. Subhanallah. 


Jadi bila saya fikir, ada hikmahnya kenapa kita kadang2 dilanda pelbagai masalah. Sbb kepadaNYA saje kita memohon petunjuk dan jalan keluar.

Sebenarnya, saya tengah tension juga skrang nie memikirkan kerja. Hahahhaha. Biasalah kalau time appraisal KPI nie. Adoi terasa nak berenti kerja. Terasa diri tak dihargai. Kita rasa kita dah buat yang terbaik tp orang lain pk lain. Yang Good Points mereka tak nampak. Yang mistakes je nampak. Uwaaa... Sabar sabar.

So, saya cakap kat diri saya. Takpe.. siapalah lagi nak judge diri kita. Dgn adanya teguran, kita dpt improve diri kita. Baik ditegur drpd dipuji. Let diri kita ditegur. Terima ajelah dan cuba cari countermeasure dan cuba improve dan prove utk term ini. Buktikan pada mereka.

Berdoa dan terus berdoa semoga segala urusan kita di dunia dipermudahkan. Amin.

Comments

  1. Ja, broken link lah Ja.. link tu.. aku tingin nak baca..

    ReplyDelete
  2. Tak boleh ke.. cuba tekan lagi kat http://www.angelfire.com/journal/suluk/faham2.html

    ReplyDelete
  3. ttp x boleh ja.. tak tau apesal.. huhu

    ReplyDelete
  4. ye ker.. aku kat sini ok je. nie perbincangan pasal kitab nie.

    ReplyDelete
  5. wan... aku pun xleh bkk kalau kat rumah. Tapi insya'allah.. ada rezeki boleh ko bc nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment