Dugaan...


Tertarik dgn komen salah sorang peminat artis nie:


Dalam mengharungi hidup ni, sebagai hamba ALLAH, pasti kita akan diuji NYA. Apabila ALLAH sayang kita, pasti kita akan diuji NYA. Adakalanya ujian ni utk menghapuskan segala dosa, mengangkat darjat kita di akhirat nanti, juga menguji kesabaran & tahap keimanan seseorang tu dan sudah pasti nilai kesabaran dalam menghadapi setiap ujian tu adalah syurga ALLAH. Semoga Abby sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH serta dikuatkan iman & tabah menghadapi setiap ujian ALLAH. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
 

Saya mmg suka baca gossip. Tapi tulah, kalau terikut baca komen2 yg terlalu mengikut perasaan yg lain boleh memudaratkan diri jugak. Tak pasal2 sendiri jadi tension dengan M*m*k. Macam2 boleh bermain dlm kepala otak. Berungkai2 boleh sy kaitkan pasal M*m*k nie. Tapi yelah.. siapalah sy nak judge minah yg tak matang ni. Kang kalau nak kutuk, tak pasal2 sy bertambah dosa. Dia plak terima banyak pahala drpd kutukan orang. Bukan dr saya sorang, satu Malaysia. Huhuhuhu hahahha.

Inilah study kes pada saya, bagaiman saya nak menangani apabila terbaca status macam nie? 1. Join sekali, ikut komen dan kutuk sama? 2. Tutup dan lupakan, tp otak masih mengutuk2 lagi dlm hati.

Adoi.. memang susah. Otak masih teringat2 kenapalah MMk nak buat cenggitu. Tetiba nak tergelak satu komen nie.

ya allah , ya tuhan kami slamatkan lah anak abby abadi dari di makan , di isap darah , di gigit , oleh momokkkk & langsuir....INGAT PADA YG ADA ANAK2 , lansuir memang suka pada budak2 kecil ni....


Pada saya, saya paham perasaan AB ni. Kalau ikut fanpage dia, dia mmg jaga anak2 dia. Dia sayang dan sesibuk cemana pun dia akan take care kat anak dia. Dia juga taknak anak2 dia lupakan ayah kandung mereka. Bagi saya dia baik. Tp satu character dia, dia pantang kalau something bad yg orang buat kat anak2 dia. Kalau org buat kat dia, dia dah tak peduli dah. Dia pun saya tgk dah ada BF, sbb dia pun xnak kesunyian. Also, dia juga sibuk concentrate dgn kerja2 dia. So, perasaan2 lonely dan sedih dia dah fokus ke arah lain.

MMk nie plak sy susah la nak cakap. Apa yg sy tak gemar, knapa nak provoke org dgn tweet kt tak htr anak2 tu ke sekolah. Errrr... MMk dgn bapak budak2 tu dah kahwin ke? Mcm dah ada hak plak dia nak jg budak2 tu ek. Adoiii..

Tulah asam garam dunia. Apa2 pun sy tetap berbalik kepada komen hijau kat atas. Mmg banyak lately sy baca topik ttg DUGAAN. Even dalam siaran motivasi di IKIM juga menyentuh ttg berfikiran optimis. Allah memberi kita dugaan untuk menaikkan darjat seseorang. Mcm nielah, nak dapat semua As dalam SPM. Ingat senang2 ke nak dapat tanpa belajar, tanpa melalui pengorbanan masa, etc. Then ingat senang ker Nichole David tu berjaya apa yg dia ada skrang tanpa berlatih squash nyer berapa jam sehari, dan begitu juga dgn lain2 seperti NARUTO, etc. Janganlah pandang ULTRAMAN sbb dia dah mmg dah ada superpower. Hehehhe.

Apa yg saya faham, dunia ni hanyalah satu platform saje. Ada yg hidup dia miskin, kaya, sangat kaya, etc. Miskin atau kaya bukan passport sebenar utk seseorang masuk syurga. Teringat sorang motivator bekata, nak kaya.. berdoalah. Insya'allah ALLAH makbulkan. Tapi tulah dia, sebenarnya bekalannya ilah IMAN. Target nun di akhirat. Janganlah target hari tua, nak ada duit dan lepas tu mati. Takde duit, merempat sbb hari muda tak kumpul duit.

Dari muda sampailah tua, kita hendaklah meningkatkan amalan ibadah kita kepada ALLAH. Dalam sebuah buku yg saya baca, kalau dulu masa sekolah kita otak kita didownloadkan dgn mengenal ALLAH, Malaikat, Nabi, solat 5 waktu, puasa pada bulan ramadhan, etc dan jgnlah bila kita dah berumur 20 tahun version itu masih yg 10 tahun lepas punya. Kena UPGRADE dgn VERSION baru. Pada waktu itu, mungkin kita dah hafal makna2 dalam solat, semua ibadah2 kita dilakukan dgn ikhlas, sudah tahu kelebihan2 membaca ayat2 Quran, etc. Bila dah berumur 30 tahun, kalau version tu masih 0.1 lagilah haru. So, Ustaz tu kata please UPGRADE. Mana2 system yg kena virus tuh lagilah teruk. Kalau dah corrupted... masya'allah. Tak leh diselamatkan lagilah. Tapi selalunya tidak. Allah sayangkan hamba2 nya. Mmg ada anti-virusnya. So, bertuahlah pada mereka yg kena format baru dan reinstall software latest dan terkini.

Tulah, sy rasa mmg susah nak mencapai thap di mana kita dah tak peduli dah dgn kata2 orang. Sbb tulah, bila kita ada masalah kita digalakkan berjumpa dgn orang yag mahir agama kerana nasihatnya bagus. Mereka bukan saje dapat membimbing kita tapi menenangkan fikiran kita. Lagipun nasihat mereka sentiasa positif dan berfikiran optimis. Berdoalan kita selalu kepada Yang Maha Berkuasa.

Status terkini AB:

Ada yg kata 'SAYA TUNJUK BAIK? NO~ INILAH SY! X kuasa la nk blakon 24jam,sala org tu, huhu.. Tdetik dlm ati sy baru2 ni, alahai.. sayu ati baca status 'kes' meka itu. Napelah dbiarkan smpai jd gitu? sian Papa pd ank3 sy tu. Ntahlah, Sy ni x suka nk bergado sbnrnya, tp jd mcm ni rasa mcm apa ye? DIA lebih mgetahui.. pompuan tu sgt 'naif' aka sengal la kot! oppss! huhu.. sorry to say that.. Assalamualaikum n Morning:)

Comments