Buku Ooohh Buku

Percaya atau tidak.. minggu nie saya telah menghabiskan membaca 3 buah buku. Syukur sbb Mama saya ada di sini masa weekend dan dia telah menolong saya memasak, urusan baju (bukan semua la.. setakat basuh dan jemur). TQ Mama.. Syukur Allah telah memberikan sedikit kelapangan utk saya mengdownload sedikit ilmu di dada. 


Seperti biasa buku yg saya baca mostly ttg buku motivasi dan agama.  Antara buku yang saya baca ialah  Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil. Itu yang first punya. Bukunya dah lama dan saya baru nak qatam. Padahal yg 2nd punya Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman saya dah habis baca beberapa bulan yg lalu.  Now, saya target nak habiskan buku wife dia Travelog Cinta Abadi yg saya beli di pesta buku baru2 ini. Saya mcm plan nak ke Pesta buku lagi pada 30 April ini utk pelancaran buku terbaru mereka 50 Tips Motivasi Haji dan Umrah bersekali dengan Travelog Impian Abadi. Prof dan Puan Roza pun ada jadi sgt best kalau dpt tandatangan mereka.

Semangat membaca sangat berkobar2. Mampukah?!! OK saya akan berusaha.. Insya'allah.

Comments