On Die.....t

"Ko nak diet Ja? Ko tuh dah kurus. Tak perlu le turun berat badan lagi..." Ok.. kata2 ini antara yang saya selalu terima biler orang tengok saya makan sekadar sesenduk nasi dan penuh dgn sayur. Hahhaha. Dont worry saya tak terasa.



Saya rasa orang yang nak diet nie bagus. Tak kirelah dia gemuk atau kurus. Konsep yang sepatutnya saya nak nyatakan.. saya ingin SIHAT. So kita tukar phrase di sini yer... SAYA NAK SIHAT!!! Hah.

Kenapa saya nak diet? Mestilah basic nya saya nak turun berat badan. Berat bada saya berapa? Last timbang semalam 50.9kg. Hari ini ntah berapa. Tapi saya target, saya nak capai berat sehingga 47kg. Yang penting, saya nak pakai baju kelihatan kemas dan cantik.

Percaya tak, bila kita berusaha untuk mengurangkan berat badan banyak kesan2 positif yang boleh merawat badan dan jasad kita. Antaranya melancarkan peredaran darah, mengurangkan lemak, mengurangkan penyakit2 yang ada spt jantung, etc. Janganlah diet tak makan. Untuk diet kita kena menggerakkannya dgn cara yang betul. 

Apa kaedah yang betul? Makan 3 kali sehari. Tapi janganlah makan dengan kuantiti yang banyak. Pagi2 kalau dulu saya makan karipap or nasi lemak tapi saya skrang saya cubalah tukar kepada oat or yogurt, susu or fruits or roti. Izinkan perut kita warm up dulu untuk memulakan proses penghadaman dan mengeluarkan tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Tapi tulah, saya nie kerja duduk jer depan PC. So, sy mengambil inisiatif skrang nie untk melangkah ke surau setiap pagi.. apa kata kita buat solat dhuha. Solat pun ada exercise otak dan fizikal.

Seterusnya, apa yang saya baca.. lunch time.. sila makan nasi. Nasi satu senduk tapi lauk silalah banyak Consume banyak protein. Saya force diri saya untuk rajin bergerak dan tidak mengadap pc. Solat zuhur terus on time. Saya bermain2 dengan mind saya. Time solat fokus. Time kerja fokus. Saya cuba. Next.. kita terus solat Asar on time. Saya inform diri saya jangan malas2. Balik rumah ambik anak dan kejar waktu Magrib. Makan sket sebelum Maghrib. Jangan makan nasi pada waktu malam. Saya saya rebus kubis dan makan dgn sup. Then saya solat Isyak. Dah balik rumah tu biasalah.. aktiviti rumah spt biasa.

Buat masa nie saya sedang berusaha untuk bangun pkl 5 pagi kerana saya nak peruntukan 20 30 minit exercise. Seterusnya boleh solat sunat sket2.

Gila ko Ja? Hahahhaha. Nak seribu daya. Taknak seribu dalih. So far alhamdulillah. Saya baru practise dalam seminggu ini. Saya rasa energetic dan fokus. Badan saya ringan sket. Saya tidur nyenyak dan tiba masanya bangun pagi saya masukkan alarm "Tasbih Zikir Pagi" by Hijjaz. Boleh download mp3 kat internet yer.





Zikir ini siap ada bunyi kokok ayam lagi. Kan kita bangun pagi kita elok berdoa so alarm nie seolah2 kalau saya lupa doa pagi, ia remindkan saya. Rasa tenang dan damai dan kita berserah kan hari dan diri kita kepada ALLAH. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita. 

So berbalik kepada nak kurus. Mestilah kita nak kelihatan muda dan cantik  Bila kita mengamalkan diet yang betul, nutrisi yang berkhasiat akan menyerap ke dalam badan. Eat more veges.. kan banyak vitamin. Then kulit pun jadi cantik. Muka pun kelihatan muda. Ditambah plak dengan exercise sampai berpeluh2. Bukankah pepatah ada mengatakan "Otak yang cergas ada pada badan yang sihat". Dulu kita amalkan pepatah ini sebab kita nak belajar dan lulus periksa. Ek? Skrang perlu juga.. bak kata pepatah saya plak.. "Badan yang sihat, suami pun sayang" Hahahhaha. Betul apa. Kan syurga isteri di tapak kaki Suaminya..

Banyak benda yang perlu diupgrade untuk install dalam badan dan jasad ini. Selamat berusaha untuk saya.. 

p/s, Mesti gang2 aku dah kutuk aku poyo moyo pocoyo.... hahhahah...




Comments