Kuasa manusia..

Sejak Japan dilanda Tsunami, gempa bumi dan masalah radiasi yang terbaru, saya memang terasa amat insaf. Daripada pagi sampai petang sepanjang weekend semalam, saya menonton berita. Kalau tidak di TV, saya membaca di internet. Kesian.

Sebab saya bekerja di company Jepun, jadi berita malapetaka ini di kilang saya seperti siaran live menonton bola sepak pada hari Jumaat yang lalu. Kedatangan tsunami di kawasan utara Jepun itu yang saya tonton a few minutes selepas kejadian itu seperti melihat kebesaran dan kekuasaan Allah yang kuasa manusia tidak mampu menangani kuasa-NYA. Saya melihat kemusnahan sama seperti yang berlaku di ACHEH pada tahun 2004 yang lalu.

Mungkin, orang yang tidak merasai malapetaka ini akan berkata.. lucky dan syukur kita tidak berada di kawasan mereka. Syukur kita berada di negara Malaysia. Memang syukur sangat2. Tetapi tidak kah kita cuba menghayati detik2 mereka merasai saat2 kematian? Maka, jika mereka tidak menemui ajal pada masa itu, mereka kehilangan tempat tinggal dan orang2 tersayang. Tidakkah kita merasai perasaan itu. Tidak.. sebab kita berada di Malaysia. Kita selamat. Hmmm..

Tak tahulah. Kali ini, saya benar2 terasa dengan apa yang berlaku. Walaupun mereka bukan beragama Islam, tetapi keadaan yang berlaku sangat menginsafkan.  Mungkin saya sudah tua. Teringat masa saya nak ke Japan dulu, sebenarnya saya takut. Macam2 yang saya fikir. Saya takut kapal terbang terhempas, saya takut kena kidnap ngan Mafia, saya takut kena gempa bumi. saya takut sesat hingga tak jumpa keluarga saya lagi, etc. Maka mulut saya kumat kamit bertawal kepada Allah. Tapi tulah, lebih baik begitu drpd kita terus lupa diri.

Saya teringat makna surah Al-Waqiah.
1]  Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Sesungguhnya apa yg berlaku, Allah ingin mengingatkan kita yang semakin hari semakin lalai dengan kenikmatan dunia.
[45] Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Semalam saya pesan kepada anak2 lelaki saya. "Kalau apa2 yang berlaku menyebabkan anak2 Mama dalam ketakutan dan masa itu tiada Mama atau Papa, jerit ALLAHUAKHBAR. Dan kalau boleh kita azan sekuat2 hati kita kerana tiada siapa yang boleh menolong kita kecuali ALLAH." Emo tak saya keluarkan statement itu? Saya suruh mereka ingat ayat saya ini sampai mereka besar. Anak2 saya juga telah menghafal ayat ini dan saya juga pesan benda yang sama, baca ayat ini setiap hari sampai besar. 3 kali lepas Subuh dan 3 kali lepas Asar. Tapi paham2lah mereka kalau baca, laju macam keretapi nak cepat habis. Kalau Ryan lagila.. berapa kali Mama? Walaupun berpuluh2 kali cakap 3 kali.



Sebenarnya banyak lagi ilmu yang saya ingin bekalkan kepada mereka dan sebenarnya juga, saya sendiri banyak benda yang kena saya belajar. Selepas membaca buku2 tentang mendidik anak2 ini,  saya sedar matlamat saya terhadap anak2 saya sebenarnya, bukan menjerumus kepada kekayaan. Saya tak kisah kalau anak2 saya nak jadi cikgu.. tapi saya kata kepada mereka, bagus.. nanti jadi cikgu dapat tolong orang memberi ilmu. Dapat pahala. Begitu juga jadi doktor. Saya tidak kata kepada mereka, belajar pandai2 supaya besar hidup senang dan dapat beli kereta dan rumah besar. NOPE. Tapi bagi budak2 kecik macam anak2 saya ini kena motivate sket tentang material kalau tidak tak menjadi juga. Eg. dapat semua A beli PS2, beli WII.. ggrrr... It's OK, pelan2 saya akan cuba tunekan matlamat sebenar mereka.

Saya terharu bila membaca indication ini di bawah dalam dailymail.co.uk.

Cold: Elderly women who are likely to have experienced a number of earthquakes in their lifetime sit on the street as they take in the most recent disaster which is one of the worst in recent history.

Saya tunjuk gambar2 ini kepada anak2 saya. Mereka tanya, betul ke Ma? Ini yang betul punya ke? Anak saya yang ke-2 telah keluarkan satu pertanyaan... MAMA Ultraman itu betul tak? Ultraman kan duduk kat Jepun. Haih.. anak ku.. anakku.

Comments