Kaya dan Miskin

Catatan positif dari saya….

Ramai di kalangan kita mengaplikasikan kekayaan merupakan kebahagian hidup. Rumah yang besar. Kereta besar. Wang yang banyak. Kerjaya yang hebat. Kita terlalu menumpukan perhatian mengumpul kekayaan pada hari tua. Risau pada hari tua tak cukup wang. Tak boleh nak survive. Yupe.. itulah yang saya fikirkan juga.

Namun hakikatnya ketenangan yang kita ingin kecapi bukanlah harta. Dengarkan ceramah ini.



















Saya menitis air mata dan saya sedar orang yang hidup di kampung juga mempunyai harta anak yang ramai sesungguhnya dan pastinya mempunyai kebahagian mereka tersendiri. Kadang-kadanga terasa diri saya serba kekurangan. Melihat orang yang hebat.. dapat pergi melancong ke sana kemari, bershopping, makan di restoran yang mahal2, membuat majlis hari jadi besar-besaran, speaking2 yang hebat dan hanya berkawan di kalangan mereka yang setaraf dengan mereka saje, etc.

Saya memujuk hati ini. Apalah. Itu rezeki masing2. Bukankah melancong dapat membuka minda mereka utk mengenal kebesaran ALLAH? Bukankah makan di restoran semua itu merupakan rezeki mereka. Bukankah membuat majlis hari jadi itu seperti kenduri dan memberi hadiah serta memupuk silaturrahim. Bukankah speaking itu merupakan satu medium utk mereka menuntut ilmu mengexplore ilmu2 Allah.

Kemudian saya melihat pula di sudut lagi satu. Kakak office saya menceritakan kisah di rumah anak yatim.. Makan nasi yang hanya berkuah sup di dalam dulang. Dibekalkan cucur pisang “cekodok” sebagai bekalan utk ke sekolah. Tiada wang saku diberikan seperti saya memberi kepada anak2 saya. So, di sini saya insaf. Apa yang awak kurang? Mereka lagi kurang. Anak2 itu berwajah gembira.

Syukur kepada ALLAH atas rezeki yang dikurniakan kepada kita. It’s OK dan lagi bagus untuk hidup bersederhana. Lagi kita susah, lagi kita mengenal ALLAH. Lagi kita dekat kepadaNYA.

Surah Al-Imran Ayat 173. “Cukupkanlah bagi kami Ya ALLAH. Dialah sebaik-baiknya pendatadbir urusan. “.

Surah At Taubah: “Ya Allah.. Aku serahkan urusan ini kepada Mu YA ALLAH”.

Jangan kita cemburu dan dengki melihat kejayaan orang. Fikirlah diri kita sendiri utk menaikkan martabat diri sendiri. Jauhilah kata2 nista dengan menaburi fitnah2 dan keburukan saudara se Islam kita. Allah telah memberi rezeki dan habuan masing2 utk kita di dunia ini.

Sesungguhnya hidup kita hanya kekal di akhirat. Buatlah persediaan sebanyak2nya sebelum kita ke sana. Tenanglah apa jua yang mendatang pada kita di dunia ini. Masya’Allah…

Dan saya berkata kepada diri saya. Jika Allah tidak beri apa yang saya hajati bermakna Allah tahu itulah yang terbaik kepada diri kita. Seperti mana saya tidak membeli NITENDO WII atau PSP kepada anak saya. Saya boleh beli. Tetapi saya tahu perangai anak saya. Berjanjilah setinggi mana utk menghadkan aktiviti video game itu. Mereka akan lupa diri dan ralik tak hingat. Sehinggalah mereka buat something yang saya benar2 percaya mereka akan appreciate dan berubah. Dan begitulah umpama diri saya dengan ALLAH. Kadang2 saya percaya.. rezeki datang tanpa kita minta dan tanpa kita bersedia.


Berdoa dan berusahalah. Mungkin kita bukan di kalangan para pelajar yang hebat di masa sekolah dulu. Mungkin kita bukan juga pelajar yang menjadi dean list masa di universiti dulu. Mungkin kita juga bukan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat yang kita bekerja skrang. Tapi kita semua sama. Kita merupakan hamba ALLAH dan umat Rasullullah SAW. Walau siapa pun kita, kita semua akan dihisap di akhirat nanti. Kekayaan dan kemiskinan atau apa saje yang kita ada di dunia merupakan medium untuk mengukur sejauh mana amalan dan iman kita kepada ALLAH. 


Sebenarnya banyak benda yang saya kena belajar. Mungkin apa yang saya tulis ini untuk memberi peringatan kepada saya supaya sentiasa berbaik sangka, berjiwa positif, menghormati rakan2 se Islam kita, bersyukur, bersabar, etc.

Sekian.

Comments