Challenge


Tiap2 hari ada saje perasaan datang. Marah, sakit hati, sedih, ragu-ragu, syak, etc. Dan apabila muncul sekelumit perasaan itu, saya cuba untuk menepisnya. Saya bukan orang hebat. Saya manusia biasa yang cuba belajar untuk mengenali diri.

Tiap2 hari juga saya melalui banyak cabaran. Cabaran di rumah, cabaran dgn anak2, cabaran di jalan raya, cabaran di pejabat. Macam2. Dari situ saya cuba juga untuk menepisnya. Caranya bersabar, bertawakal dan berserah hanya kepada ALLAH. 

Bila diri kita ingin mendekati ALLAH, banyak dugaannya. Tetapi sebenarnya mudah juga. Saya sentiasa bayangkan hubungan ini antara anak-anak dan ibu bapanya. Allah sayang kita. Tetapi kita saje yang tidak mengingatinya. Tapi percayalah, bila ditimpa dugaan maksudnya ALLAH sayang kita. Lebih hebat dugaan itu, lebih kuatlah tanda kasih sayang dia kepada kita. Itu caranya Allah ingin menegur kita. 

Saya petik doa Saiyida Abu Hassan Al-Syazali R.A. yg saya beca drpd website suluk HIKAM ini.

"Dan Tuhanku jadikan olehMU Ya Allah akan segala kejahatan aku iaitu kejahatan segala orang yang Tuhan Kasih dan jangan jadikan segala kebajikan kami akan kebajikan orang yang dimurkai . Maka kebajikan itu tidak tiada memberi manfaat ia serta benci daripadaMU dan kejahatan itu tiada memberi mudharat serta kasih drpdMu".


Itulah dia. Bila saya paham doa ini, saya rasa sedih dan terharu. Sbb inilah antaranya ujian yang Allah beri. Kenapa kita minta kaya, tapi ALLAH tak bagi kita kaya. Sbb ALLAH kenal kita. Seperti kita kenal anak-ank kita. Mungkin jika ALLAH beri kita kekayaan, mulanya kita lupa dia. Atau kita menjadi sombong dan riak. Wallualam. Allah tak beri ada sebabnya. Maksudnya terang benderang terkandung dalam surah Al-Insyirah. Contohnya lah kan.. kita nak sangat orang itu. Tapi tak dapat. Clash. Percayalah kepada ALLAH sbb Allah pastikan beri yang terbaik pada kita walaupun sebenarnya orang itu baik...

Hati kita mudah malap sebenarnya kerana banyak aktiviti2 dunia yang memadamkan hati kita. Itulah.. saya cuba improve. Sbb tu seorang guru itu pesan kepada saya. Saya sedar banyakla ilmu dapat sana sini. Kalau di Facebok bersepah2 orang kasi status. Insaf.. tima kasih atas kesedaran. Tapi.... belum sempat nak top up, balik rumah macam2 lah dugaannya. Challenge utk saya. Dan mengamalkannya.. Ya ALLAH semoga ALLAH permudahkan. 

Kuncinya ialah.. kenal ALLAH. Bercakap dgn dia. Subhanallah.. semoga Engkau permudahkanlah Ya ALLAH.

Comments

  1. Thanks Ja for sharing. Bila rasa sesak2 baca blog ko sejuk sket.. bila redho mmg beban terangkat, rasa happy dan blessed.

    ReplyDelete
  2. Happy dengarnya Wan. Aku menulis bkn sebagai seorang yg terror bab agama tapi seorang yg ingin membaiki diri dan mengenal ALLAH. Byk kena belajo kan Wan..

    ReplyDelete

Post a Comment