Azan


"Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan MU
Puji juga memuja Allahuakhbar
 
Oh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah MU
Tuhan yang satu...

Bangun semua
Bingkas segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah!! "

Saya boleh sebak mendengar korus nasyid Fitri Haris ini. Ini gara2 selepas mendengar ceramah motivasi pagi oleh Dr. Azhar (Saya tak ingat nama penceramah itu nama ada nama Azhar lah) tentang fadilah azan. Namun terima kasih wahai Tuan Motivator kerana memberi sedikit kecerahan dalam diri saya. Alhamdulillah, beso pahala dia kalau ramai orang mengamalkan ilmu yang disebarkannya.

Kalau lah semua orang tahu tentang kenapa kita perlu diam semasa Azan berkumandang, pasti semua yang tahu akan diam. Azanlah bila anda berada di dalam kesusahan seperti kebakaran, sesat di dalam hutan, atau maybe semasa sedang gempa bumi, etc. Azan sesungguhnya kerap digunakan semasa orang nak pergi Mekah, semasa baby baru dilahirkan, etc. Jika tiada azan ini maka kiamatlah dunia kata Motivator.

Lately saya banyak menerima ilmu tentang kaitan Islam dan Fizik. So inilah di antaranya tentang kuasa azan.  Azan kata motivator itu, ianya mempunyai gelombang theta. 

Peringkat theta adalah suatu peringkat dimana seseorang itu berada di tahap ketenangan yang sangat tinggi, kesedaran pada dunia luar sudah tiada, sebaliknya kesedaran itu diarahkan kepada kesedaran diri yang sangat dalam. Seseorang yang melalui peringkat ini mungkin menemui jatidiri yang sebenar, meggerakkan pancaindera keenam yang juga akan mengaktikan kebolehan luarbiasa. Disaat ini mungkin segala doa akan terkabul serta-merta. Ukuran ferekuensi tahap theta adalah 4-7 getaran sesaat. 
Jadi bila dengar azan secara kusyuk, diam. Azan dapat membuangkan kotoran-kotoran negative dalam minda kita. Azan itu dapat memberi ketenangan dan kedamaian.


Ini dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?page=98
"Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.


Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu."

Walau sedikit ilmu yang saya perolehi pada pagi ini, insya'allah saya akan cuba amalkan dan laksanakan. Alhamdulillah. 

p/s, sedang mendownload 19 motivasi yang telah disiarkan di IKIM FM oleh Ustaz Hasrizal iaitu penulis Aku NIKAHKAN DIKAU! It's OK dengar banyak kali, semoga hati kita cuci sikit demi sedikit.  

Comments