C.I.N.T.A


Saya masih dibayangi oleh movie yang saya tengok malam tadi - The Time Traveler's Wife. Apa yang menarik perhatian saya tentang filem ini ialah plot kebetulan, suspen, kesetiaan, kepercayaan, dan kasih sayang. Saya kagum dgn penulis cerita ini oleh Audrey Niffenegger. Mmg idea dia superb. Walaupun boleh dikira macam cerita Back To The Future tapi saya rasa value percintaan antara Hentry dan Clare dlm filem ini sangat kuat.

Hahahha.. banyak sangat elemen2 subjek CINTA dalam otak saya (yelah, hari Sabtu tengok teatre TERIMA KASIH CINTA plak tuh), saya dapat simpulkan.. utk pastikan kita ikhlas dengan pasangan kita ialah berterus terang. Jangan ego. Saya senyum bila Clare kata.. "You're my type". Saya dpt feel kasih sayang dia dengan pasangan nya Henry. Boleh tu, dia redo je kalau pasangan dia hilang tetiba dan dalam buku cerita dia yang saya baca dlm wiki yg tiada dalam filem ini, Henry datang jumpa Clare pada umur 82 tahun dan Henry pada umur 43 tahun. So sweet... 

Sebut pasal cinta, pagi tadi saya juga mendengar ceramah di IKIM tentang kaitan dgn CINTA. Cinta yang dimulai dengan I Love You.. I miss You... kalau lama2 berkeadaan begini, pasangan akan menjadi bosan. Cinta tidak akan sustain jika tiada dugaan dan cabaran. Tapi sebenarnya topik di IKIM pagi tadi menjurus kepada kasih sayang ALLAH pada kita yang menyatakan, ALLAH menyayangi kita dengan memberi kita UJIAN. Syukur ALLAH beri kita ujian kerana mmg sedia maklum bila ada ujian barulah kita ingat ALLAH sedalam2nya kerana semestinya Allah sajelah yang pastinya menolong kita. So, mereka yang berada di comfort zone.. tiada masalah langsung.. pastinya solatnya or ibadahnya seperti sambil lewa or rutin sebagai cukup syarat. Wallahualam.. 
 

Comments