Ikhtiar

Teringat mama saya dulu. Dia sanggup spend duit dia demi kesihatan anak-anak dia. Scott Emulsion la, MultiVitamin la, Examo, etc. Masa saya kecik2 dulu saya duduk dengan Opah saya jadi Opah saya pun mcm tuh. Segala ayat yasin dan pelbagai doa pada air akan disuruh saya dan adik-beradik saya minum. 

Saya pun nampaknya memiliki sifat spt Mama dan Opah. Semangat dan sifat ini mmg lahir semula jadi dalam diri. Yelah, nama pun ibu dan sememangnya seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anak2 dan keluarganya.

Menjadi ibu kepada 3 orang anak lelaki bukannya mudah. Apa2pun saya bersyukur kepada Allah. Dia tidak hadiahkan saya anak2 ini jika saya tidak mampu menjaganya. Maka dari segi fizikal mmg saya kena sihat dan kuat (walaupun dah beberapa penah masuk spital tapi bukan sbb jaga anak okeh.)

Baru2 ni saya dengar produk air ayat Quran di IKIM.fm. Dengar brand mcm familiar. Saya mmg suka saje. Rupa2 nya saya dah mmg ada salah satu produk ini kat rumah nama i-drop yang saya beli kat salah sorang bidan masa saya berpantang di Tepen time Emran hari tuh. Makcik tuh syorkan pada saya, bagi kat anak kecil nie bila dia suka nangis tengah malam. 

Kisahlah beberapa minggu yang lalu, Emran nangis teruk pd waktu tgh malam. Non-stop. Orang kata dia nangis sbb kuat gelak dan main di siang hari. Semua benda saya check esp kalau kembung perut. Lastly saya teringat air itu. Saya titikkan di mulut dia dan sapu muka. Mcm magic berlaku, tak berapa minit kemudia dia berenti menangis dan tidur lena. Saya dah cuba beberapa kali, alhamdulillah dengan kuasa Allah, iainya berhasil.

Selepas mengkaji semua produk ini di internet, alhamduliilllah, seminggu yang lepas, saya terus ke salah satu  stokis produk ni di PKNS shah Alam. Selama seminggu saya telah menggunakannya esp untuk Firman. Apa yang saya boleh katakan.. syukur Alhamdulillah. Firman nampaknya tak makan steroid lagi walaupun doktor suggest kena start  makan 19hb tapi kelihatan dia sihat dan bertenaga. Check protein dalam urine dia sudah   -ve. Syukur.. 

Bagaimana melakukannya?


Detail produk ini sila lah ke website dia di Annusyrah. Tapi caranya mudah saje. Baca Fatihah 1X dan Salawat 3X. Lepas tu niat. 

Yang Atas nie namanya Asy-Syifa. RM10 sebotol. Sebelum ke sekolah, saya pasti akan suruh Firman minum segelas.  Saya niatlah dia pergi sekolah dalam keadaan sihat dan bertenaga dan terang hati semasa menuntut ilmu.


Maedah dan Bistari masing2 RM21 sebotol. Maedah katanya untuk penyembuhan penyakit dalaman dan Bistari untuk penerang hati. Jadi 2-2 nie saya masukkan 21 titik ke dalam satu jug besar air masak. Lepas Fatihah dan Salawat saya niatkan kesihatan dan penerang hati untuk keluarga saya. Jadi kalau anak2 saya nak minum susu semua senang. Mudah juga untuk suami dan saya minum air masak yang berkhasiat ini bila dahaga.

Apa yang saya boleh katakan.. alhamdulillah. Bukanlah saya nak kesempurnaan drpd anak2 saya dan suami saya. Sedikit sebanyak saya usahakan supaya saya, suami dan anak2 saya sihat dan bertenaga dalam menjalani hidup harian masing2. Lagipun elok sangat air ayat al-quran menyerap masuk ke dalam badan kita kan. 



Ini sememangnya suppliment Firman seorang saje. 5ml sehari 3 kali. Kalau baca testimoni tentang produk ini mmg bagus. Banyak kes2 kesihatan sangat berkesan.

Kita cuba dan ikhtiar kan. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita setiap hari semoga kita dapat beribadah dan mencari rezeki yang halal. 

Comments

Post a Comment