Bila Terasa Rindu

Bila Terasa Rindu

Penyanyi/Artis: Dafi
Lirik/Lagu: Edry


Apa agaknya khabarmu disana
Disiniku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal disitu
Meskipun ku puja jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya

(Korus)

Bila terasa rindu
Ku sebut namamu
Dengan harapan
Kau kan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu
Ku bayang wajahmu
Dalam angan dan
Baru lah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa disana
Tak sabar menanti detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu

(Ulang Korus)
Terlintas di fikiran
Untuk meminggirkan saja semua pencarian disini

Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar.. mencabar .. oooooo.. oooo…
(Ulang Korus)

----------------------------------------------------------

Ini saya petik dari album HITMAN ... sweet sangat.... Baguslah sepupuku. Alhamdulillah. Anda sungguh bertuah mempunyai suami yang romantik dan ikhlas.  Dan saya berbangga kerana anda berjaya mengekalkan kedamaian rumahtangga selama 10 tahun dan harapan saya semoga ianya berkekalan sehingga ke syurga. Tak sia2 jaga 4 orang anak tanpa ketiadaan suami di sisi. Saya tahu betapa hebat dan penatnya kakak sepupuku menjaga anak2nya. Happy for my Ayah Ngah dan Mak Ngah too.

* Tetiba saya juga teringat kata2 Abang Sepupuku yang sorang tuh membuat pengakuan ikhlas romantika de amor kepada isterinya. Auuwww.. saya suka okeh.

"Ditulis ketika di Perancis semasa Cannes Film Festival, lagu ini ditulis kerana merindukan keluarga di Malaysia. Saya masih teringat ketika sesi rakaman dilakukan, saya dengan sengaja menakutkan Dafi dengan berdiri disebelahnya sepanjang rakaman dan berlagak serius. Mungkin itu telah memberi Dafi nada 'gagah' untuk lagu ini. Hahhahah. Alhamdulillah 'Bila terasa Rindu' telah berjaya meletak Dafi sebagai salah seorang remaja ikon kini".

* Yang saya bold di atas.. saya teringat suami saya masa di London hari tuh. Saya tanya dia dalam telefon best tak? Dia kata duduk rumah lagi best... So, I know.. tak perlu kata2 I love you and all... that shows.. he loves his family. Berdoa lah kita semua selalu yer utk kebahagian rumahtangga kita semua.Aminnnnn... 

Comments