SMS


Saya dapat sms daripada x gf  x bf saya dulu. Hahahah.. Menarik nak baca?? Silakan. Ooppss tapi faham niat saya dulu. Saya taknak balas sms ini dan apa yang boleh saya katakan.... saya taknak terlibat apa2 pun. Saya rasa cukuplah orang mentafsir tentang diri saya. Kalau boleh saya nak "be emphaty" atas masalah orang tapi ampun maaf dik, Akak taknak terlibat nooooo. 

"Hi Kak Ja. N*** ni. Nak tanya, do you contact G**** or anyone that is in contact with him? Sbb my old kenari's house phone bill datang, and mmg banyak guna dulu to call him. I wish he can pay at least half. How ekk Kak Ja? Adoi.. susah susah."

Flash back sat. Guna ayat cerpen sat...

Masa tu Ilia, Alin dan Farah. Mereka menenangkan ku bila aku dapat tahu bf ku ada skandal dgn orang lain. Sakit dada mcm kena cucuk. Tidak baik kah aku? Kenapa pilih dia? Bukan aku. Alasannya, aku cukup baik dan tak sesuai untuk dia. You deserve the best!!!

Hahahah. Akak drama sat yer. 

Now, saya sedar.  Dugaan saya sbb terlalu taksub mencintai orang sampai lupa kepada ALLAH. Itulah dia. Saya tidak tipu. Saya lah antara gf yang basuh baju bf dia masa study. Bodoh tak? Memang bodoh pun. Bukan saya salah x bf saya. Saya salahkan diri saya sbb saya menghambakan diri untuk manusia. Adalah lebih baik saya menghambakan diri kepada ALLAH lagi banyak manfaatnya. Tapi, itulah dia. Pengalaman ialah guru saya. Kalau saya tak dapat pengalaman itu, saya tidak menghargai hidup saya apa yg saya ada skrang. Akan saya nasihat anak2 saya supaya mereka lebih bersedia di kemudian hari. 

Past was past. Saya taknak recall. Clearkan dan delete all the past. Masing2 sudah ada family, ada anak2. Saya happy sebenarnya kalau melihat kawan2 saya yang saya pernah baik suatu ketika dulu mempunyai keluarga, anak yang comel2.. saya happy. Saya rasa itulah dia qada dan qadar ALLAH. Saya redo apa yg telah berlaku. Tapi kalau saya dapat pusing masa saya, saya ingin menjadi manusia yang berguna yg dapat mengubah hidup saya yang lebih baik. Bukan saya nak kahwin ngan orang itu. Bukan..Tapi takper. Yang sebenarnya saya rasa bertuah saya masih lagi bernafas. Setiap detik dan masa ini saya akan gunakan untuk bertaubat kepada ALLAH. Saya tidak perlu mengubah masa. Saya masih mempunyai masa sebenarnya kerana pengakhiran saya bukan masa tua kelak tapi di akhirat itulah pengakhiran saya. Bukan kah begitu?

Kepada kawan2 saya tak kira lah x-bf saya ker, admirer saya ker, x-gf sapa2 lah, saya maafkan semua dan saya harap awak semua maafkanlah saya juga yer... Saya doakan semoga semua kalian masuk syurga bersama mereka yang tersayang. Amin.

Ohh yer berbalik kepada sms di atas. Kalau boleh nie saya nak balas...Tapi cukuplah saya balas kat blog saya saje. Taknak terlibat apa2 dah sebenarnya.

"Maaf yer N***. Kja mmg xde no hp G****. KJa rasa husband Kja ada, tapi Kja xnak tahu. Actually kalau nak cari close contact dia Kja boleh je. Kawan ramai.  Tapi hhhhmmmm.. seolah2 Kja yang cari masalah sebenarnya. Sbb bukan masalah Kja. Cukuplah blog G**** hari tu yang masih ada nama N*** di situ yg Kja konon nak tolonglah clear the past. Hahahhaha. Kja salah. Kak Ja cuba sms A***, A******, S*****, tp mcm hhhmmm. So, takpelah. Kja mmg direct email kat G**** dan KJa tak tahu dia terima ke tak, nasib lah. So.. that's it. Untuk kes ini.. silalah berhubung dengan empunya body ya. Settlekan sesama anda sbb Kja taknak ada masalah dgn sesiapa pun. Ampun dan maaf drpd Kja ya."

Satu nasihat yang akan saya ajar kepada anak2 saya kelak. Kalau bercinta jangan perabiskan duit utk orang itu. It's not a good investment. Basuh baju pun not a good investment. Hahahhaha. Percaya kepada ALLAH. Sayang pasangan kita untuk sama2 ke syurga. So paham2lah kan. Jangan kalau tak ajak keluar, tak sayang. Jangan kalau tak call, tak sayang. Tak balas sms tak sayang. Tak dating dalam internet, tak sayang. Aha.. mmg zaman muda cengggitu sangat mabuk. Tapi tula, saya dulu takde guidance. Saya hanyut sedikit. Tapi saya sedar dan learn something drpd situ. Lessonnya: Sayang diri anda lebih drpd sayang orang lain. Benihkan diri untuk memartabatkan diri sendiri dan bukan menabur benih utk orang lain dgn harapan orang itu kekal bersama kita. Kononny, aku dah invest ko macam2 dan bagi itu ini.. ini balasan ko pada aku yer.. Hahahah. Tak kenang budi punya BF!!! Bila break.. claim macam2. Salah itu ini. Paling teruk kena title queen control lagi. Huhuhuhu... *SMILE* *SMILE* Tapi kalau adik2 yang bercinta nak rasa kepahitannya.. silakan. Akak dah habaq yer.... dont play play!!! 

Oklah.. itu saja yang boleh saya tulis utk tatapan diri saya dan yang berkenaan. Maafkanlah saya jika terkasar bahasa dan menyakiti hati anda yer. Yang buruk itu drpd saya sebenarnya.. 

Adios.

Comments

  1. bila kita jatuh cinta :) agaknya kita hidup di luar orbit bumi..merepek2 yg kita buat :(

    ReplyDelete
  2. basuh baju? rajinnya. tapi faham sangat masa tu kita berbunga-bunga....

    ReplyDelete

Post a Comment