Mencapai kejayaan.. kemenangan...




Semua orang ingin menang. Menang tandanya kejayaan. Saya suka melihat kemenangan. Saya kagum melihat kejayaan. Sebab tu saya suka menonton Naruto kerana ceritanya mengisahkan proses kemenangan dan kejayaan. Saya suka menonton sukan kerana disebaliknya terkandung semangat menuju kemenangan. Untuk mengecapi itu semua kita tidak boleh berdiam diri. Kita kena berusaha setiap hari tanpa berhenti.

Sebab tu saya tidak suka kepada orang yg menceritakan kepayahan hidup tetapi tiada alternatif untuk berusaha mencapai kejayaan. Paling menyampah apabila mereka memandang negative dlm apa jua masalah yang dibelenggu. Mengeluh dan mengeluh tanpa berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Aduhai.. tolonglah buka minda anda!!!

Menang
Dalam diri masing-masing pasti ada misi dan matlamat hidup. Semuanya berbeza2. Diri saya mencari erti sebenar kehidupan dan sesungguhnya tiada yang lebih bererti selain drpd mencapai kemenangan menuju ke syurga. Itulah yang pasti matlamat hidup saya. Yang pastinya proses untuk ke sana bukan saya seorang diri tetapi anak2 saya, suami saya dan keluarga saya. Tetapi misi Rasulullah lagi MAHA hebat kerana dia mahu kita semua umat Islam pengikutnya ke syurga sana bersamanya.

Menuju akhirat tidak bermakna kita meninggalkan amalan dunia. Dunia nie lah tempat  kita  mengumpul dan mengutip setiap kebaikan dan pahala untuk bekalan ke akhirat kelak. Sabar, positive, rajin, baik hati, redo, etc ialah nilai2 murni yang saya perlu semai dalam jiwa saya. 

Dugaan
Yang pastinya proses menuju kemenangan ada dugaannya. Dugaan itulah yang sedang saya sedang fikir skrang. Dugaan membuat saya down. Dugaan membuat saya menangis. Dugaan membuat saya terasa lemah. Dugaan kadang2 membuat saya putus asa. Dugaan menyebabkan saya mencari-cari dimanakah kesalahan saya. Sigh.

Saya sedar, dugaan menimpa diri saya apabila saya sedikit jauh dgn Allah. Solat 5 waktu tidak mencukupi apabila kita hanya berkesudahan dengan doa yang rutin tanpa menyerap di dalam hati. Wirid tiada. Tiada doa yang bersungguh-sungguh seolah2 kita puas dengan apa yg kita miliki. Paling teruk apabila solat dan ingatan melayang memikirkan hal dunia. *kerja opis, kes lipat baju kat rumah, itu ini, baju sekolah anak, settle bank, rumah,  etc.. byk betul kena pk*.

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)


Kembalilah
Setiap kali saya menulis, saya sebenarnya memotivasikan diri saya. Bukan saya menunjuk2. Maybe ada orang yang melalui perasaan seperti saya dan mungkin dgn kata2 saya ini dapat melegakan hati anda. Saya ialah saya yang memaksa diri saya melakukan perkara yang baik. Seperti ada kuasa yang memaksa saya walaupun saya sebenarnya manusia yang tidak sempurna. 

Kembalilah kepada pencipta kita. Kembalilah. Berdoalah. Kita manusia tidak penah lari dr melakukan dosa yang sedar mahupun tidak sedar. Saya perlu tingkatkan lagi proses ibadah saya. Solat 5 waktu tidak mencukupi. Tiada masa bukanlah alasan yang bernas yang menyebabkan kita kurang beribadah kepada Allah.

"Allah maklum sesukar mana anda berusaha. Perbanyakkan doa. Jangan sekali-kali remehkan doa kerana inilah senjata orang mukmin. Usaha semata-mata tidak mencukupi." - Jamilah Samian dlm artikel Anak degil apa ubatnya.

Kejayaan
Banyak kejayaan yang saya nantikan selagi saya hidup di dunia ini tetapi sesungguhnya kejayaan yang hakiki ialah di akhirat nanti.

PS:  Artikel  "inilah makna bahagia" memberi semangat kepada saya.

Comments

  1. salam,
    Teruskanlah menulis perkara-perkara yang baik seperti ini.

    ReplyDelete

Post a Comment