35th Anniversary

Tahniah Mama dan Bapak saya!! 6 December 1975 ialah tarikh Mama dan Bapak saya berkahwin. Maksudnya Isnin yang lalu genaplah 35 tahun usia perkahwinan mereka.

Syukur... kami adik badik buat majlis kecil2 an utk parents kami. Jemput makcik pakcik dan cousins di sekitar KL. Walaupun sederhana, tapi ok saje. Bertempat di rumah Win di Bandar Bukit Puchong 2, alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.



Seronok bila adik badik nie dapat berkumpul. Anak2 Win semuanya telah di potong rambut pendek.



Atok dan Opah bersama2 cucu2 mereka...Umar, Adam dan Aisyah takde dalam gambar. 


Emran bersama dua pupu, Kirana.

Oh ini... heheheh.. Antie Mimi, gf adik laki saya. :)

Comments