Surah Toha

Lately, saya asyik terjumpa ayat yang suruh saya membaca surah TOHA. Insya'allah saya akan membaca dan menghafalnya.

1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut.
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
6. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah.

Membaca makna dia seperti ada satu kuasa untuk menyuruh saya membaca tafsir al-quran supaya saya dapat membongkar perkara2 yang tidak saya ketahui. Terasa ayat ini memberitahu saya kehebatan ALLAH yang Maha Berkuasa. Saya terbayang2kan kisah hari akhirat yang menceritakan tentang Allah yang bersemayam di Arasy. Ya.. di hari Kiamat nanti kita semua akan berjumpa dengan pencipta kita. Masya'allah. 

Saya boleh berfikir sampai begini....

Naruto hanyalah watak kartun yang dicipta oleh manusia. Tetapi dalam pengajian dia, dia mewarisi jutsu dan kuasa2 dia pelajari daripada guru2 dia. Sampai ada satu tahap, dia perlu keyakinan untuk menggunakan jutsu yang berbahaya utk kebaikan dirinya. Dengan syarat dia perlu YAKIN.  Saya manalah percaya dgn kartun dia yang KABUTO boleh hidupkan orang yang dah mati. Merepek nak mampus. Kakakka. Tapi semangat yang ada pada NARUTO memang memberi inspirasi kepada saya tentang erti perjuangan. Ooo saya miss Naruto. Lama tak tengok sbb sibuk dgn kerja. 

Relate dengan diri saya. So, saya perlu YAKIN. Yakin dengan ALLAH. Yakin dengan kuasaNYA. Yakin dengan mukjizat drpd ayat2 al-Quran. Subhannallah. 

Tadi saya dengar di IKIM.. untuk memastikan hati ini bersih, kita hendaklah sentiasa mengingati ALLAH. Sbb itu kita ada doa-doa. Doa bawa kereta. Doa masuk tandas. Macam2 doa kita ada. So, kita bukan setakat solat 5 waktu saje. Sentiasalah beristiqfar utk mengingati ALLAH. Insya'allah hati kita bersih selalu.

Terasa selagi diri ini masih hidup, saya ingin mengamalkan apa saje kehabatan ayat al-quran yang Allah berikan. Biarlah kalau saya terpaksa buka buku untuk membaca doa sekadar doa melihat cermin. *eeerrrr apa ekk?* 

Semoga ALLAh memberi keberkatan dan hidayah untuk saya setiap masa dan selamanya sehingga akhir hayat saya. Amin.

Comments