Semangat dan jangan give up!


Hilal Asyraf 
Perjalanan jauh memang menderitakan.
Perlu berulang kali mengisi bekal, perlu menepis letih untuk meneruskan perjalanan.
Tetapi nanti bila sampai ke destinasi, seakan semua tadi tidak pernah terjadi.
Begitulah dengan destinasi syurga.
Bila sampai ke sana, segala susah payah di dunia seakan tidak pernah ada.



Sukar kan menjaga hati??!!

Untuk menjaga hati supaya selalu bersih, kenalah menjaga iman. Kena jaga solat.Saya dapat rasakannya.

Tapi kenapa kadang2 hati selalu turun naik. Ada time sangat rajin. Ada time tuh mula mundur dan mula liat.

Teringat artikel saudara Hilal Asraf. Katanya, seorang atlit yang mendapat pingat emas melalui dugaan dan kehidupan yang sukar demi menggodol pingat emas. Emas bukan dapat begitu saje. Atlit itu kena practise berkali2 tanpa henti sehingga dia berjaya.

Saya kaitkan plak dgn citer Naruto. Untuk menjadi ninja terhandal seperti Jiraiya-sama sudah pasti telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Setiap mission menentang musuh itu adalah pelajaran baru baginya kerana pada masa itu mereka dapat menggunakan jitsu mereka secara bijak dan effective. Mereka tidak menjangka power dan kehebatan musuh bagaimana. Hanya SEMANGAT dan KEBERANIAN sajelah bekalan mereka semasa berperang.

So, bagaimana matlamat hidup saya yg takde apa2 nie. Matlamat saya itulah dia.. BERCINTA biar sampai ke SYURGA. Cinta pada keluarga sayalah matlamatnya. So, untuk bersama2 semua ke syurga saya kenalah sentiasa BERSEMANGAT dan BERANI dan TIDAK PUTUS ASA. Konsep nya sama iaitu perjuangan. Perjuangan utk membentuk anak2 menjadi anak yang baik dan menjaga suami sebaik mungkin untuk memperolehi keluarga yang bahagia aman dan damai supaya semuanya ke syurga.

Jadi sudah pasti, hari2 saya, saya kena lalui dengan SABAR. Jangan mengeluh setiap dugaan yang mendatang. Tempuhinyalah dgn berani dan semangat. Anggaplah ianya dugaan, peluang dan ujian dalam proses menuju kejayaan. Kejayaan tidak datang dgn mudah. Kejayaan harus dilalui dgn kepayahan, kesukaran dan kesabaran.

Amin.

p/s, 
Saya nak ke surau seawal yang mungkin. Cabar diri saya!



Comments