Rumah Oo Rumah..

Saya dapat bayangkan, siapa yang kerja di kawasan KL dan Selangor pada masa akan datang sudah pasti susah utk membelirumah lagi. Harga rumah di kawasan Puchong saje dah bernilai dekat 1 juta. Adoilla... baru2 nie saya dapat flyers apartmentunder IOI properties di Bandar puteri bernilai hampir RM300k. Apartment? Masa zaman saya dulu2 RM300k boleh dapat dah beli rumah double storey. Tapi, duit takde sebanyak itu. Loan pun tak approve rasanya. Huhuhuh.






Semalam, ada sorang couple datang melihat apt yang saya nak jual tuh. Yupe saya turunkan harga apt saya. Tak tahu kenapa. Saya dapat call from valuer lantas saya teringat adik ini. Dia baru saje kahwin dan isterinya pun baru je pregnant 2 bulan. Melihat mereka, saya teringat diri saya dan suami saya masa baru berkahwin.

Dalam hati saya berkata, saya mungkin akan rugi sedikit tapi saya anggap nilai itu sebagai sedekah. Lagipun mmg saya lemah bab jual beli. Sifat kesian senang muncul dalam diri. Lagipun, rumah ini hanyalah kediaman sementara kita di dunia.

Tapi tula.. saya tengok defects rumah saya banyak gak la. So, adakah sbb defects ini mencacatkan harga rumah saya. So,syukur bila saya baca website Community. Sebenarnya, unit dan kompleks itu sendiri bukan siap sepenuhnya lagi. Syukur ada community yang kuat. Best gak tengok masing2 dalam forum mempertahankan tempat kediaman ini bersungguh2. Bangga saya. Defects rumah saya akan saya buat laporan segera dan management perlu membaikinya dalam tempoh 2 minggu lepas saya submit the report. Saya nak ambil gambo setiap defects dan pile kan macam buat laporan bertulis. Belasah.. janji saya puas hati.

Saya tenang insya'allah. Sapa2 nak beli rumah saya silakan. Saya memang nak jual. Actually saya tersiksa gak, dah 3 orang dok tengok rumah saya. Tapi masing2 macam ada frust. Saya faham perasaan mereka. Sbb rumah tu kosong.. takde apa. Cuba kalau ada show room, sure terus nak beli seperti saya nak beli apt ini suatu ketika dahulu. hahahah.. Lagipun yang nak beli rumah nie semua muda2 lagi. Sure yang terbayangkan hanya basic necessities iaitu grill dan electric installation.

Tapi tulah, kalau nak beli rumah dgn harga ini semestinya kena buat reno sket. Kecuali kalau beli apt yang mahal2, sure tak perlu lagi. Ada sesetengah tuh siap dah install aircond bagai. Tapi harganya.. yelah pastinya berbaloi. Tulah yang saya tengok apt baru yang IOI tu beharga RM300k. Memang superb facilitiesnya. Memang takyah reno apa2.

Saya sudah tanya sorang kontractor tentang grill dan sebagainya. Yelah saya tanya utk pihak Mama saya sbb dia sangat beriya. Mula2 saya tanya grill saje.. dia kata RM1k utk satu rumah. OK tuh. Then saya tanya sliding window dan dia quote RM450. Ok gak.. Biasala Mama saya dok demand itu ini. Lantai, plaster siling, kitchen kabinet, wardrobe etc. Ambik ko dia kata dekat RM20k. Muahahahah. So saya kata kat Mama saya, kita cari semua bahan2 seperti lampu, kipas, sinki, tap sinki, hub hob semua la.. then later on contractor tu install. Cuba rumah nie nanti dah siap..mesti syookkss.. Mudah2 an ada la yang tengok show house rumah Mama saya, ada yang nak beli unit saya. :)

Mama saya teringin. Kecik takper janji comfortable. Actually bukan dia nak duduk pun. Dia nak kasi adik2 saya duduk. Adik2 saya yang masih belum kahwin yang masing2 dijaga oleh kakak2 mereka. Tapi tula, nanti adik laki saya dah pindah sunyi plak rumah. Dia jelah tukang harap saya minta tolong apa2 skrang. Dia dah besar.. syukur saya menjaganya dah bijak uruskan diri sendiri skrang. Tima kasih saya kepada gf dia.. mmg banyak perubahan besar pada diri adik saya ini. Hanya Allah yang maha mengetahui.. duk sibuk simpan duit nak kahwin tak lama lagi. Baguslah.. RM30k cash tau.. hahaha. Pulun..Err tapi adik laki saya dah beli rumah tuh. Okla loan lepas sbb dia pakai kancil Mama saya. So dia mmg tak terikat ngan loan apa2. 

Citer rumah saya yang nak dijual tuh... latest update yang saya dapat tahu

1. Maintainance - RM130 yg asal RM160. Pastinya akan turun lagi.. bagus bagus.
2. Akan install access card melalui lift. Cool. Apt saya skrang pun tak buat.. stakat kat gate dan pintu masuk. 

LATEST INFO: Alhamdulillah.. couple cik K dan Cik N akan proceed step yang seterusnya. 

Comments

  1. betul tu ja..dah susah nak beli rumah kat puchong skrg. rumah yg mona baru pindah ni beli awal 2009. masa tu dpt lagi bwh 250k. sekrg lepas dah siap dah jadi 320k. tapi rasanya masa tu memang nasib baik tekad nak beli walaupun masa tu financial sempit sikit. Kalau x mmemang tak dpt la harga tu

    ReplyDelete
  2. Tak kirelah rumah itu leasehold ke apa. Asalkan kita ada rumah untuk kita berteduh dan menikmati "Rumahku Syurgaku" sementara.

    ReplyDelete

Post a Comment