Meniti hari tua


Semua orang sibuk, planning utk hari tua. Kerja muda2, esok tua senang. Berjimat-cermat semoga tak menyesal di kemudian hari. Everything kena prepare utk hari tua. So adakah hari tua itu pengakhiran hidup? Adakah hari tua itu ialah masa untuk beribadah sahaja? Then mati.

Bagaimana mereka yang tak sempat meniti hari tua?

Tiba2 saya terfikir.. konsep kita salah. Konsep kita yang sebenarnya ialah menuju akhirat. Betul tak?

Dunia  Alam Barzakh  Akhirat  Syurga

Bukan…

Sekolah (cemerlang dlm xm UPSR, PMR, SPM,)  Universiti  Kerja best best - Simpan duit  Hari tua  Mati (Harta tak masuk dalam kubur pun).

Bagi saya, jangan kita terlalu taksub dgn kecemerlangan dunia. Tapi of course, belajar itu ialah passport utk kita mendapat penghidupan yang baik di dunia ini. Belajar itu ibadah.. Belajar pandai2 supaya besar esok kita dapat mencari rezeki yang halal. Kalau kita gunakan skop dunia ini utk bekalan akhirat it’s OK. Tapi kalau kita gunakan ia semata2 utk mendapat pujian dan sanjungan manusia pada masa tua.. masya’allah.. hanya ALLAH saje yang tahu.

Bagi saya, janganlah kita sibuk bersaing. Orang ada rumah besar.. kita pun nak duduk rumah besar. Orang beli kereta baru, kita pun sibuk nak beli kereta baru. Orang ada iPHONE, kita pun sibuk sama. Kita terlampau material utk mendapat sanjuangan manusia. Kita gemar utk menarik perhatian orang, awak HEBAT!!!

Maka saya terfikir, kita ada peluang sekali saje hidup di dunia ini. Bukankah tujuan kita untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala? Bukan mengejar duit untuk membina rumah besar pada hari tua. Dengan alasan, hidup tenang menikmati kedamaian dan beribadah. So, pada masa muda ini tak perlukah beribadah?

Di akhirat nanti, kita manusia semua akan berkumpul dan akan dihitung tentang amalan kebaikan kita. Bacalah surat AL-Waqiah. Masa saya baca, saya ingat surah ini dapat menolong saya memberi saya kesenangan TETAPI sebenarnya surah ini memberi saya KETENANGAN. Saya tidak dapat duit RM1 juta dr langit pun. Even surah ini takde menyentuh pun tentang duit atau material. Tetapi surah ini menyentuh tentang HARI KIAMAT. Saya terbayang tentang kumpulan yang masuk neraka dan masuk syurga dan juga kumpulan yang hidup dahulu drpd kita. Surah ini menyentuh tentang kewujudan ALLAH yang hakiki.

Lepas saya mengamalkan membacanya setiap hari, ALHAMDULILLAH. Sedikit sebanyak, tertumbuh sifat kesedaran dlm diri saya. Saya dapat merasakan duit bukanlah segala2 nya. Saya rasa bersyukur apa yang saya ada. Tidak ada sedikit kemegahan apa2 pun dalam diri saya. Saya syukur saya ada rumah walaupun duduk apartment. Yang penting, saya selesa untuk beribadah dan bersama anak2 dan keluarga saya.

Apa yang akan terjadi pada masa akan datang? Saya masih merancang. Saya ada 5, 10, 15 dan 20 tahun rancangan. Rancangan itu. Rancangan ini. Hahhahaha. TETAPI saya sedar, kita hanya mampu merancang dan yang tentukannya ialah ALLAH. Allah sebenarnya sudah tahu tentang diri kita. Bila saya sedar tentang QADA dan QADAR saya sedar tentang pentingnya diri saya berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH.

Oleh itu, setiap hari dan setiap masa, saya cuba tidak mengeluh tentang masalah yang membelenggu saya. Tentang kerja, tentang menguruskan anak2, tentang menjadi isteri, tentang menguruskan kain baju, etc. Saya cuba mempositifkan semua masalah itu menjadi peluang. PELUANG untuk mengutip pahala dan PELUANG untuk saya mengubahkannya menjadi ibadah.

Saya pernah menangis pada suatu hari apabila saya kena memasak dan menguruskan kain baju yang menggunung. Saya juga ada homework yang kena saya settle. Dibuatnya pada hari Sabtu saya bekerja. Hari Ahad sajelah saya kena selesaikan semua kerja2 rumah saya. Suami saya melihat saya menangis. Saya kata.. tak masak, semua lapar.. tak kemaskan baju, nanti baju bersepah.. Uwaa… Maka saya gagahkan diri saya. Memang saya berdoa di dalam hati saya.. semoga ALLAH memudahkan kerja2 saya. Saya memohon kekuatan dan semangat diri. Alhamdulillah.. saya sedar semuanya kelihatan mudah. Saya tak merungut. Saya terasa lega apabila saya dapat melakukannya.

Maka saya tak nampak hari2 saya sebagai RUTIN anymore. Saya nampak hari2 saya ialah PELUANG. Syukur kerana saya masih hidup. Sebabnya, saya perlukan masa saya lagi utk bertaubat kerana banyaknya dosa2 saya yang saya tak pasti ALLAH dah memaafkannya atau belum.

Itulah kelebihan surah Al-Waqiah. Dan sehingga ke hari ni, saya tak kata saya nie perfect. Kadang2 terasuk TANDUK tuh, saya masih lagi jadi HARIMAU jadian kepada anak2 saya. Saya masih lagi kengkadang terlewat solat, saya masih terasa suka bershopping, TETAPI ada improvement untuk menempisnya. Terdapat satu perasaan dalam diri saya menyebabkan hati saya berdebar2. Melihat anak2 saya yang naughty, timbul dalam diri saya membaca AL-MATEEN 71x, Al-Insyirah, 3 QUL, Surah TAHA 1-5, etc. Terasa macam ada kuasa spiritual dalam diri saya untuk saya membuat kebaikan. 

Saya masih lagi mencari peluang setiap hari untuk mencari ilmu dan improvekan diri saya. Banyak lagi mission saya skrang nie.. Semoga ALLAH permudahkannya. AMIN.. AMIN.

Comments