Musim Workaholics


Isnin balik pukul 8. Selasa dan Rabu balik pukul 9. Khamis balik pukul 10. Jumaat.. harap2 dapat balik pukul 9 la paling busuk.

Kerja opis saya semakin berlambak. Mmg peak kerja betimbun2 pada hujung tahun. Time nie lah OT masuk. HHmm.. tak kire sangat OT tapi kerja mmg banyak giler. Production makin dekat dan time nielah requirement datang last minute. Ayoyo... Saya tak boleh nak cuti ataupun balik awal.

Keje banyak tapi urusan rumah perlu diteruskan. Tugas dan tanggungjawab sebagai ibu harus dilaksanakan. Bayangkan betapa hitamnya mata saya bila time tak cukup tidur camnie. Adoila..

Esok, saya target nak kemas rumah. Uruskan kain baju.. lipat baju dan sewaktu dengannya. Hari Ahad nie plak birthday Emran... parents saya datang rumah saya semata2 nak celebrate birthday Emran. Klasss.. Mama akan masak mee daging. Yahuuu..

Dan Isnin plak kerja.. sampailah Rabu. Khamis cuti. Tapi Khamis nak settele kan hal rumah. Jumaat balik Taiping, ada gathering utk keluarga belah bapak. Ahad balik. Then nak kemas2 baju tok laki.. kerana cik suami saya akan berangkat ke negara Omputih selama 4 hari. Another double triple hectic plak sbb nak uruskan 3 orang anak sendirian.. Nasib baik adik lelaki saya dok rumah sekali ngan saya. Harus bantuan dia diperlukan..


Fuh..kali nie tak perlu merungut. Tak perlu susah hati Ja. Cargas! Cargas! Berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan urusan dan ketenangan jiwa. Semua ini ibadah.. niat kerana ALLAH Taala. Saya doakan kesejahteraan bbsitters saya, agar mereka sihat dan menyayangi anak2 saya. Semoga mereka dapat menjaga anak2 saya dengan baik. Doa saya juga agar anak2 saya juga sihat dan tidak nakal dan mudah dipelihara. Semua ini kerja ALLAH dan saya berserah segala2nya kepada ALLAH. Amin amin ya Rabbal Alamin.

Comments