Melawat kawan baik Firman

Aqeel kawan baik Firman di Tadika sejak umur 5 tahun. Masa 6 tahun mereka dah berada di kelas yang lain. Bila di darjah 1 pula, dia berada di sekolah Cine. Saya baru tahu umur Maknya sudah mencapai 46 tahun. Saya baru tanya hari tuh. 

"Lin.. nak tanya boleh? Berapa umur Lin yer?"

"Ja teka berapa?"

"Hampir 40 tak?" 

" Lin dah 46 tahun Ja... Lin kahwin umur 36 tahun. Tahun 2000. 2003 baru dapat anak."

Ibu Aqeel yang saya panggil Lin merupakan bangsa Cina yang dibela oleh orang Melayu. Ibu angkatnya itu baru je meninggal tahun lepas. Saya melihat Lin seorang yang tabah dan kuat. Dia memang seorang yang garang. Saya faham dia mahu melahirkan anak yang bijak dan pandai. Aqeel sebaya Firman dan yang kecil sekali Qisya, sebaya Emran. Dia seorang suri rumah. Dulu saya pasti dia seorang pekerja yang hebat tapi selepas dapat anak dia terus berjuang memelihara keluarganya.

Kerjanya setiap hari menghantar dan mengambil Aqeel dari/ke sekolah agama dan ke sekolah kebangsaan. Dia ada memberitahu saya.. nanti bila Qisya7 tahun lagi dia kena uruskan Qisya plak. Dulu saya tidak pula tahu umurnya. Maksudnya lagi 6 tahun umurnya 52 tahun. Alahai...




Perkenalan saya dan Lin mungkin ada hikmahnya. Saya melihat Lin sangat keseorangan. Sebab tu dia sangat appreciate kawan. Dia macam sebatang kara. Yelah, dulu dia ada ibunya. Dia tiada adik bradik lain. Syukur dia masih ada ibu mertua tempatnya bergantung.

Actually setiap pagi saya memang bertembung dgnnya. Dia menghantar Aqeel ke sekolah agama sementara saya menghantar Emran ke rumah bbsitter. Kalau dalam sehari tiidak bertentang mata mcm something wrong plak. Hahhaha. Rumah mereka tidak jauh. Walaupun setiap hari berjumpa tapi tidak bersuara. Berbulan2 lamanya. Akhirnya Jumaat lepas saya ke rumahnya. Seronok dia menyambut kedatangan saya. Kami makan2 dan borak2. Semoga persahabatan saya dan Lin kekal abadi sampai anak2 kami membesar.

Comments