Hari Minggu saya

Berbekalkan semangat dan nekad yang bersungguh2, saya berjaya membuat aktiviti2 bersama Emran dan Firman semasa ketiadaan Papa dan Ryan ke Kelantan. Sbb utama saya tidak ke Kelantan kerana nak bawa Firman ke hospital akibat penyakit Nephrotic Syndromenya. Protein dalam urinenya sudah seminggu menunjukkan 3+. Jadi utk mengelakkan kesan yang kronik terhadap Firman, saya kena segera berjumpa  paedratician nya utk mendapat consultation yang sebaiknya.


Result blood dia menunjukkan kadar albumin yang sangat kurang tapi tidak pada tahap yang serius. Doktor nasihatkan saya memberi antibiotik utk 4 hari ini dan check result protein dia if dapat turun. Saya berdoa semoga dia tak makan prednisolone@steroid. Lihatkan fizikan badannya. Dia dah sedang elok. 29kg dgn ketinggikan 130cm (Lagi 25cm nak potong  MAma).

Semalam Opah saya call inform suruh baca Al-Fatihah 40X dgn niat semoga penyakitnya sembuh. Saya buat.. tapi saya berdoa semoga dia tak makan steroid itu. Saya akan terus berdoa memohon bantuan Allah.

Masalah pergi hospital, saya terpaksa umpan Firman utk ke TRU. Kalau tidak jgn harap nak cucuk ambik darah. Penakut Firman tuh. Tapi tulah, dan janji semua... janji tinggal janji juga. Menangis juga masa nak ambik darah. Firman nie dia ada problem susah nak marah dia. Kita tak boleh kasi dia sedih. So, nak bagi dia happy terpaksa lah tepati janji.  Saya bukan manjakan dia. Tetapi kalau emosi dia terganggu boleh menyebabkan protein dia leaking gak. Susahkan. Mmg dugaan utk saya dan suami saya. Memang kami kena belajar bersabar.

Dah settle TRU after balik spital, saya dan adik2 saya Mona dan Udin bersama Emran dan Firman ke rumah Auntie saya di Cheras. Oklah dinner char kueh tiaw. Then dpt jumpa sedara mara.




Hari ini Ahad. Saya dah settle bab mengemas. Daily maid sudah datang utk mengemas. Lega. Saya juga sedang 70% utk habiskan buku Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Syukur saya diberi rezeki dan hidayah utk membaca buku ini. Lepas membaca buku ini saya dah target dalam diri saya. Saya nak make sure diri saya membaca 1 buku seminggu. Insya'allah.


Alamak, sebenarnya saya rush menulis ini. Tapi mmg terasa nak menulis. Saya masih ada beberapa items utk disettlekan sebelum tidur pada malam ini.

1. Gosok baju
2. Lipat baju
3. Sidai baju
4. Masak pari asam pedas (actually saya tak makan lagi 1 hari)

Suami dan 2 orang anak saya, Firman dan Ryan ke rumah kakak ipar. Si suami dah sampai tgh malam tadi pukul 3. So.. saya nak kena cepat ini... Harap esok dapat menulis

Comments