Uchiha... dan anak-anak saya



Naruto Uchiha... hehehhehe... apa lagi. Ini kisah anak2 saya yang saya selit dengan Naruto.

Rutin saya setiap minggu... Khamis malam akan tunggu episode baru Naruto  kat anime44 atau youtube dan juga membaca mangga Naruto.

Episode kali ini mmg tiada dalam mangga dan ia merupakan flashback kisah Naruto masa kecik. Pengajaran yang saya dapat bila menonton episode kali ni semestinya saya relate dengan anak2 saya. Nakalnya Naruto kecik2... ish ishhh.. tapi tengok bila dia besar. Orang sangat menyanjungi dia.. Part yang paling terharu bila cikgu dia sendiri menangis mengenangkan dia masa kecik yang sangat menyusahkan semua orang. Agaknya begitu juga saya bila melihat anak2 saya dah besar.. huhuh.

Dan yang paling saya teringat ialah kenakalan Naruto dibenci dan tidak disukai orang dan saya teringat kisah anak saya Firman yang menangis di salah satu majlis hari jadi yang mana semua orang memandang dia. Cemanapun Mama tetap sayang Firman tau...

Saya merasakan diri saya seperti guru Ninja dalam siri Naruto. Tapi of course lah saya tak mengajar Ninja.. hahaha. Tugas saya ialah menjadikan anak2 saya menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Kali ini... saya dah bertukar konsep. Dulu saya terlalu fokus terhadap bidang akademik.. risau anak tak belajar.. risau anak tak pandai.. Risau anak tak dapat masuk Universiti bila besar nanti. Risau tak dapat good result dalam SPM.. PMR.. USPR. Hmmm.. Saya sedar yang saya taknak anak saya menjadi robot. Saya nak anak2 saya mengenal kehidupan. Itu yang saya belajar daripada NARUTO. Sebab Naruto ialah seorang anak yatim piatu.. syukur anak2 saya masih ada mama dan papa mereka.

Dan saya relate dalam bidang agama... 1st of all... mengenal ALLAH. That's all. Saya nak ajar anak2 saya mengenal Allah dari kecik insya'allah mereka akan tahu kenapa mereka perlu hidup dalam dunia ini dan mereka akan mencari intipatinya nanti. Saya juga tak pandai tapi saya akan belajar dan saya akan cuba guide mereka. Bermula daripada solat.. bukankah begitu? Selepas itu mereka akan tahu kenapa mereka perlu berjaya dalam bidang akademik mereka utk kejayaan dunia. So skrang saya mmg tak marah dan push Firman utk belajar.. belajar.. dan belajar. Saya dah stop tuition dia. 

Apa yang saya perhatikan anak saya, Firman.. dia seorang yang sangat kuat semangatnya. Dia boleh berpuasa kerana dia tahu kenapa dia perlu berpuasa. Tapi dia tak tahu kenapa dia perlu belajar. Utk 2 ujian sebelumnya di sekolah.. dia taklah cemerlang mana berbanding dgn anak2 yang lain yang maybe mendapat semua A's. Pada mulanya saya risau dan sebab itulah saya hantar tuition. Utk ujian kali ni.. saya cuba memberi pendekatan yang berlainan. Tak perlu belajar dan ulangkaji... Saya sebenarnya nak biarkan dia lihat sendiri result dia tanpa ulangkaji. Surprisingly.. adeh.. kali ini 3 subjects dia dapat 90+. Science la paling hebat 99%.  Saya perhatikan dia sedang belajar ilmu kepercayaan dan saingan. So, itulah antara ilmu kehidupan yang dia belajar bukan BM, Maths, Science or English.


Saya taknak mati menjadi ibu yang bodoh dan jahil dengan melahirkan anak yang jahil bila mereka besar nanti . Saya risau dengan anasir2 yang tidak sihat skrang ini... dgn kes buang anak, zina, etc. Membaca berita2 spt itu dgn kes kes remaja yg tidak bermoral begitu amat merisau kan saya. Lantas saya berfikir.. apa yang saya perlu lakukan skrang agar anak2 saya tak akan menjadi spt mereka... Saya takut. Sangat takut. 

Inilah salah satu usaha saya ke arah itu.
Saya perlu belajar lagi....

Comments

  1. wah, good job ja... sejuk tgk firman n ryan bersolat jemaah. Moga2 kita dapat mendidik anak2 kita ngan baik kn.. AMIN.. n thanks cos sudi share tips n cite ja.. leh gak ct buat panduan.. :)

    ReplyDelete
  2. Welcome CT. Actually takdelah hebat pun. Ini salah satu effort Ja saje. Tu pun kena improve gak especially solat budak2 kecik nie. As long as depa tahu derang kena solat dan harap part2 lain akan diimprove dari masa ke semasa. Tak bleh harapkan sekolah nak ajar mereka kan.. Kita lah yang kena ajar.

    ReplyDelete

Post a Comment