Sayang..

Gambar hiasan: Tahun 1987. 5 beradik. Masa nie Athirah takde lagi.

Anak saya belum Remaja. Lagi 7 -8 tahun kot mereka nak cukup umur. Tapi saya melihat diri saya yang pernah melalui zaman remaja. Zaman yang penuh melalui fasa pergaulan berkawan, bercinta, belajar, etc. Memang bahaya zaman ini. Perubahan mungkin akan berlaku kalau kita ibu bapa tidak berjaya mengawal mereka. Pada zaman inilah ibu bapa sibuk memberi pendidikan yang xtra utk anak2 sbb mereka bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Then zaman Universiti pula. Selalunya bila dah melalui zaman nie kalau kita berjauhan ngan anak pastinya pergaulan anak akan lebih bebas. Syukur saya dikelilingi ngan kawan2 yang baik tetapi kalau yang tak baik bagaimana pula.?!

Saya mmg jenis yang melihat kebarangkalian yang berlaku pada masa depan. Saya risau anak2 saya. Saya risau tentang pergaulan bebas. Saya risau dan sangggaat risau. Semalam saya membaca satu blog kisah seorang perempuan yg putus cinta. Cemana dia depress selepas putus etc. Sian dia. Saya juga pernah beberapa kali putus cinta. Syukur saya mempunyai pengalaman itu dan juga sokongan ibu bapa yg kuat. Tapi itula.. saya tidak mahu anak2 saya mempermainkan hati wanita. Chee wah. Saya perlu mengajar mereka menghargai kaum wanita.

Anak lelaki saya Ryan marah betul kalau tengok Papa dia kiss pipi Mama dia. Kengkadang saje2 je kacau dia. Tau dia kata apa... "Yuckks!!! Geli la. Tak suka tengok kahwin-kahwin nie". Sebenarnya dia pun agaknya tak paham konsep intim lelaki dan perempuan. Tak macam pulak Firman, "Abang ada gf. Nama dia Nurul ****". Cemana saya patut reaksi dgn statement itu. Kecik2 dah pandai nak ada gf. Mana dia belajar tuh? Saya kata .."boleh ada gf.. tapi kena belajar pandai2 lah. Baru gf tengok.. wow.. terrornya Firman!". Adakalanya saya pernah kata.. tak perlu lagi gf bf. Firman kecik lagi. Dah besar macam Mama Papa nanti boleh lah. Tapi tulah.. mana dia paham tunggu sampai besar. Saya tak rasa dia ada perasaan lagi. Dia cuma ikut kawan2 yang belajar erti bf gf.

Blog Saudara Hilal ada mengatakan.. tak salah bercinta pun. Tapi ada syaratnya. Then, kita kena pandai mengawalnya. Bagi saya seorang lelaki kena pandai handle wanita. Bila masanya telah tiba, saya akan mengajar anak saya. Ini saya petik dari blog saudara Hilal.

Saidina Umar Al-Khattab RA apabila ditanya berkenaan tanggungjawab seorang bapa, beliau menjawab: “Tanggungjawab bapa kepada anak ada tiga: Mencari ibu yang baik untuk si anak, memberikan nama yang baik kepada anak, dan mendidiknya dengan Al-Quran dan Islam.”

                                         Gambar hiasan: Dari dulu saya dah suka menulis.
So, insya'allah saya akan pesan kepada anak2 saya supaya mencari wanita yang baik2. Statement tak cukup. Kena bagitahu reasonnya juga. Nanti saya akan fikirkan. Then, saya juga kena inform mereka ayat ini.. kalau kita sayang orang, biarkan kita sayang sampai ke syurga. Kita kena jaga mereka. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu, kita membawanya ke neraka. So kena inform dekat pasangan masing2 nanti. So, kalau perempuan tu nak lebih2 cakap je minta maaf. Pegang tangan kononya romantik. Peluk kononnya tanda sayang. Betul.. tapi itu bila dah kahwin la kan.

Apala saya nie dah nak fikir benda2 nie drpd skrang. Yelah, kot anak saya termatured awal ke. Biarlah saya educate diri saya menjadi ibu yang penjadi kawan baik kepada anak2 dia. Reference gitu. Saya taknak anak2 saya lari dari saya dan percaya kawan2. Semuanya kena bermula dr skrang. Kata Ustaz Kazim, mengahwinkan anak pada usia yang muda itu sangat besar pahalanya kerana kita elakkan mereka daripada perbuatan maksiat. Tapi ramai ibu bapa takut nak kahwin anak2 mereka kerana takut si anak tak dapat nak tanggung anak orang dalam usia yang muda. Di sinilah saya rasa peranan Islam itu penting. Percayalah yang rezeki itu datang dari ALLAH.

                          Gambar Hiasan: Saya bersama sepupu sepapat saya pada tahun 2001.

Apa benda yang kita lakukan kena kita refer kepada ALLAH. Saya mmg takut nak melalui dugaan ini kalau diberi ujian sebegini rupa. Tapi saya percaya, hidup kita selagi kita masih hidup mmg akan diduga dengan pelbagai masalah. Hidup kita tidak akan plain mcm tu saje. Cemanalah saya sebagai ibu bakal menghadapinya. Teringat saya bagaimana ibu bapa saya menghadapi kerenah anak2 mereka daripada kecil sampai besar. Pastinya mereka tak putus berdoa.... tima kasih MAMA BAPAK.

Bak kata saudara Hilal.. "Sayang biar sampai ke syurga. Itu sayang yang sebenarnya."

Comments

  1. salam kak ja. (saya panggil kak takpe ke?)

    saya suka baca blog kak ja. baru jumpa hari ni. feels like kak ja is talking to me even though the words do not talk to me in the real sense.

    anak kak ja comel-comel. inshaAllah, moga Allah mudahkan kak ja :)

    mai

    ReplyDelete
  2. Salam Mai.. nama adik Kakja Maisara. Kja panggil Sara tapi kawan2nya panggil Mai. :)

    Ooo tima kasih atas pujian Mai. Saya suke. Hiks. Ala sebenarnya kakja tulis utk diri kja. Kja nie bukan bagus sangat pun.. kena selalu motivasi diri. Kena selalu cakap kat diri sendiri. Alhamdulillah kalau ayat2 nie sampai pada Mai.. syukur...

    ReplyDelete
  3. Kawan2 pn panggil sya mai kak ja, tp sedara, atok tokwan semua panggil sarah jugak :) comel.

    saya setuju kata-kata kak ja. kene selalu motivasi diri, to be honest, sy selalu mengutuk dr sy je.

    kak ja merendah diri pula. kak ja bagus :)

    saya letak link blog kak ja kat blog saya y sy tak apdet tu. hehe :)

    terima kasih kak ja atas perkongsian bermakna ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment